Privacy Policy

Monday, 7 April 2025

Krabi & Hatyai Trip 2024 - Day 3

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabtu 28 Disember 2024

Kami keluar dari homestay jam 7.30 pagi, awal sikit dr semalam, sebab hari ni kami nak bergerak ke Hatyai pula. Kami terserempak dengan host kami lagi. Rumahnya dekat2 sini ja. Dia tolong ambilkan gambar kami depan homestay. Beriye² dia sarankan kami singgah di Emerald pool. 


Selepas bergambar, kami bersarapan pula di seberang jalan, kedai semalam juga. 


Lid beli kuih cara 20TB, buat makan dalam perjalanan. Gula dia letak asing. Sedap.


8.30 a.m. Kami memulakan perjalanan ke Hatyai. 9.15 a.m. kami melintasi Krabi International Airport. Dekat je ye. Kalau travel from KL, better ambil flight je ke Krabi. Setakat dari blog saya tulis hari ni, tiada flight direct from Penang to Krabi. 

Perjalanan menuju Hatyai santai-santai saja. Kami tak singgah Emerald pool sebab tak termasuk dalam plan kali ini. Maybe next time sj.

1.45 p.m. Kami tiba di Hatyai. Tempat pertama yang dituju ialah kedai Strawberry Club. Rasanya ada banyak cawangan kedai viral ni. Semua barang dijual dengan harga 10TB sj. Ok la. Ada barang yang berbaloi juga untuk dibeli. Harga murah kan, dalam RM1.30 je.. Lagi murah dr kedai ECO. 


Kemudian kami terus ke Makro Hatyai. Rupa-rupanya, Makro Hatyai ni terletak di seberang jalan dengan Central Festival Hatyai. Ramai orang di Makro, termasuklah warga Malaysia. Hajat di hati nak cari barangan elektrik brand Hello Kitty, sebab pernah ternampak dalam video di FB. Tapi maybe itu hanya ada di Makro cawangan lain, bukan di Hatyai. 

Nak beli butter cookies, tapi tiada tanda halal pula. Susah payah Lid nak bertanya pada staf Makro tu, oleh kerana perbezaan bahasa. Lastly, jumpa staf yang pakai tudung, dia kata, no halal, no buy. Aaaa senang gitew. Masa kami p ni kan baru lepas Krismas. Macam2 la juga promo barang2 kat situ. Tapi kami tak beli ape pun. Kita beli barang yang perlu saja k, bukan sebab murah.

Keluar dari Makro, saya u-turn untuk ke Central Festival Hatyai. U-turn tu kena ambik kiri tau, jangan tersalah masuk ke kanan, nanti terus ke mana hala, dah susah nak pusing. Jalan jem sikit hujung² tahun ni musim orang bercuti. 

Di Central Festival Hatyai ni, kami nak cari kudap-kudapan and tujuan utama saya nak ke kedai Moshi Moshi. Nak cari barang Hello Kitty yang kiut miut. Kami makan sushi di Kansei Sushi. First time saya beli sushi dengan anak². Suka anak² saya dapat makan sushi. Lain kali kita makan lagi. Saya tak suka sos wasabi tu..menangkap ke hidung terus. Hahahaha. Harga sushi ni ok, berbaloi. 


Kami juga try kentang goreng yang viral tu, mahal ye. Satu bekas tu RM17 something. Harga tak display pun. Harga yang depa display is kentang goreng biase, yang tak berape mahal. Takpelah, kita mencuba sj. Cukup sekali.

Pukul 6 lebih, kami keluar dari Central Festival Hatyai, menuju ke Lee Garden. Saya booking Variety  Winner Hostel. Ini adalah kali kedua kami menginap di sini. Boleh baca di sini.

Bila dah petang² ni agak sukar nak dapat parking free berdekatan hostel. Beberape kali juga la pusing² cari parking. Sampai di hostel, kami rehat dan solat dulu. 

Selepas maghrib, kami keluar ke Asean Night Bazaar untuk dinner. Kami menahan tuktuk. Nego 100TB. Pemandu tuktuk minta 140TB. Saya tak sanggup nak bayar 140TB tu. Kebetulan ada 3 lagi Msian, nak ke Asean Night Bazaar juga, jadi pemandu tu minta saya 100TB n mereka 100TB. Ok deal..Naiklah kami tuktuk tu bersama².. Tuktuk yang kami naik ni kecil, open air. Pemandu sporting, siap on lagu dangdut Indonesia, sebab dia salah faham, dia fikir Lid orang Indon. 


Di Asean Night Bazaar, seperti biasa, crowded dengan Msian. Nak beli makan pun kena cop tempat. Boleh bergaduh mulut sebab berebut kerusi je pun. Harga makanan macam nasi goreng² tu dalam 60-70TB. Udang galah ada 200-250TB. Lokcing ada yang murah, ada yang mahal. Kena pusing² dulu baru beli. Minuman biasa² 25-30TB. 

Selepas makan, kami ronda² dalam bazaar untuk cari baju jersi Liverpool. Huhu..mahal drpd Krabi. yang ada nama player 550TB. yang kosong 450TB. Terpaksa gak la beli yg takda nama. Di Krabi, ada nama boleh dapat 400TB. Huhu. 


Balik ke hostel malam tu, kami naik tuktuk yg besar sikit tu, tertutup.. Crowded sebab pemandu tu bagi penuh. Masa ni sebenarnya depa minta 200TB. Bila Lid kata kami nak jalan kaki tahan tuktuk kat depan sikit, baru dia bg 150TB. Lepas tu kan, dia drop off kami tak sampai pun di Lee Garden, kami terpaksa menapak sikit untuk pulang ke hostel.

End of Day 3.




No comments:

Post a Comment