اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat 27 Disember 2024
Kami keluar dari homestay jam 8.30 pagi, terserempak dengan host kami. Dia suggest kami breakfast nasi kerabu di seberang jalan homestay kami. Ada banyak pilihan makanan dan semestinya halal.
Kami makan bubur nasi, ayam goreng, nasi goreng dan nasi kerabu. Actually ayam goreng tu untuk hidangan pulut ayam, tapi kami tak ambil pulutnya. Air masak percuma. sy order kopi susu, sedap kopinya. Murah2 je sini.
Selepas sarapan kami ke kawasan pantai Ao Nang, tempat pasar malam semalam untuk bergambar kenangan.
Kemudian kami singgah di deretan kedai2 yang menjual barang2 cenderahati. Saya beli keychain yg boleh tulis nama. Harga 80TB.
Kami ronda2 lagi mencari jersi kegemaran anak2. Kali ni, abg Ammar nak beli jersi Liverpool, walaupun dia bukan la peminat bola pun. Adik2 nya pun ikut sama nak beli juga.
Kalau kedai yang bahagian depan, tepi jalan harga jersi ni kami tanya, 600TB katanya. Bila kami masuk lorong2 belakang sikit, ada kedai yang jual 400TB sj, siap nama, tapi tak terus beli juga..Huhu..Kot la di Hatyai jumpa lagi murah..
Lepas dah puas cuci mata, kami pulang ke homestay. Orang lelaki nak g solat Jumaat.
Selepas solat jumaat, kami ke kedai Mr DIY yang tak jauh dari homestay, untuk membeli tikar pantai. Tak jumpa pulak yang diingini. Keluar dari Mr DIY, kami ke kedai setentang dengan Mr DIY, Alhamdulillah, dapat la sehelai tikar harga 100TB sj. Boleh la kami ke pantai bawa anak mandi laut.
Kami singgah beli kudap²pan sebelum menuju ke pantai. Pantai yg kami pergi ni berhampiran dengan Centara Beach Resort Krabi. Ramai foreigner bersidai di tepi pantai. Public toilet takde. Susah nak salin baju atau nak ke tandas. Anak2 sy salin baju mandi guna kain batik sahaja. Sy memang tak suka mandi laut, bawa anak2 ja bagi depa seronok. Lepas depa mandi pantai barang sejam, kami pun nak gerak balik ke homestay semula. Boleh la tumpang cuci kaki kat resort tu. Kat sini tak nampak sangat muka Malaysian. Ramai tourist from other countries. Anak kecik saya kata, ummi bawa p tempat berdosa, hahahah.. Sebab dia duk tengok tourist bersidai tepi pantai tu, berjemur berbikini. Astaghfirullahalazim.
Naik kereta semula, cari stesen minyak dulu. Saya isi minyak yang warna biru tu, 15liter. Bayar guna kad Wise. Memang berbaloi.
![]() |
Pilih la nak yg mana satu..harga lain². |
Kalau korang nak apply kad Wise percuma, boleh klik link sy ni. Saya dah lock siap2 TB sebelum trip ni lagi, beli masa TB tengah murah berbanding ringgit. Tapi guna hanya untuk paywave sj. Jangan withdraw, tak berbaloi jika di Thailand. Kalau nak guna cash, better tukar TB kat money changer in Malaysia.
Sampai di homestay, anak2 sy sambung pula mandi kolam di homestay. Sy dgn anak perempuan, ronda2 lagi ke 7E terdekat. Suka2 ja.
Malam tu kami jalan kaki sj dari homestay untuk dinner di kedai Tomyam semalam. Murah dan sedap. Kemudian balik homestay, rehat.
End of Day 2.
No comments:
Post a Comment