اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis 26 Disember 2024
Penutup tahun 2024, sy plan ke Krabi dan Hatyai. Dah 2 kali ke Hatyai, kali ini kami lajak ke Krabi pula. Tak banyak preparation needed. Book hostel thru Booking, non refundable di Hatyai, pay at hotel di Krabi. Beli simcard Thailand di Shopee. Dua kali tukar duit di money changer. Mase ni dapat rate 7.63, lepas seminggu turun lagi 7.57. Prepare Wise kad. Beli TBaht mase murah.
7.30 pg kami bertolak dari Penang. Jam 8.45 tiba di Changlun, collect insurans Thailand yang dah book thru wassap malam tadi. Jimat masa, tak perlu menunggu lama.
8.50 pg terus queue untuk keluar Border Bukit Kayu Hitam. Dekat sini, passport stamp drive thru shj. Nampak macam tak banyak kereta, tapi sejam gak la baru lepas imi Malaysia.
10 pg/ 9 pg waktu Thai
Kemudian terus masuk border Thailand pula. From our experience last year, kami stay ja dlm kereta untuk cop passport di drive thru. Passenger tak perlu turun, masuk dalam pergi ke kaunter ye. Turun dekat pondok drive thru je. Die akan scan passport n rekod muka kita di situ je. Die juga akan ambil 1 copy borang TM2/TM3. Alhamdulillah, kali ni tak perlu bayar apa2. Depa tak minta duit.
Kemudian park kereta tepi, owner kereta beratur di kaunter Custom Declaration. Punya la ramai orang kali ni. 2 jam sy beratur, baru settle. Sy on simcard yg beli di Shopee tu. Alhamdulillah, successfully connected.
Masa beratur panjang untuk Custom Declaration tadi, ada sorang lelaki ni, dia cakap dengan sorang akak penjual simcard yg lalu lalang di celah2 org ramai ni. "50 kak." Eh tiber2 lelaki tu masuk queue depan kami, and sorang budak perempuan keluar dari queue tu. Dia mcm bayar upah orang queue untuk dia tau. Akak tu ambik duit atas angin la gitu. Pastu dia bebel2 suruh budak perempuan tu beratur kat belakang balik. Maybe lelaki tu frequent traveler Thailand, so dia tau the secret to skip the long queue. Hahaha. Saya redha je beratur 2 jam, tak urgent.
Perjalanan ke Hatyai mengambil masa 1 jam sahaja. Kami menuju ke Kaitod Decha (airport) untuk mengisi perut kosong. Kami makan nasi kuning ayam. Harga naik sikit drpd last year. Nasi kuning 75tb, teh ais 35tb.
2 pm/ 1 pm waktu Thai.
Lepas makan, kami meneruskan perjalanan ke Krabi melalui Trang. EET 5.30 ptg waktu Thai, lebih kurang 4 jam setgh dari Hatyai to Krabi. Perjalanan sangat santai kerana hiway di sini 90km/h je. Tak pasti yang mana satu lorong memotong, kiri atau kanan, kerana dua2 lorong pun dilalui oleh kenderaan berat.
5.40 pm Kami tiba di homestay kami. Sy contact host thru Booking.com, bayar cash n dapat kunci bilik. Homestay ada kolam untuk budak2. Tapi petang ni depa cuci kolam, esok baru boleh mandi. Bersebelahan dengan homestay, ada Mini Big C dan 7eleven.
Kami pun masuk bilik terus solat qasar jamak Zuhur dan Asar, waktu dah nak luput.
Selepas masuk maghrib, kami keluar untuk solat di masjid terdekat, Al-aman Mosque.
Ada penghuni dari Turkiye yang teruja tengok anak2 kami pakai jersi Galatasaray, minta bergambar ngan budak2 ni. Tapi sy pulak tak snap sekeping pun.
Selepas solat, kami menuju ke Ao Nang night market, mula2 kami singgah ja tepi jalan and parking. Tengok2 barang.. Ada la juga yang murah2 berkenan di hati, beli..
Kemudian masuk kereta semula, jalan depan lagi baru jumpa tempat yang lebih happening. Kalau first time datang sini, kena cari KFC. Start sini dah susah plk cari parking. Jadi kami cume ronda ja dalam kereta. Esok malam, nak kemari lagi.
Kami patah balik ke masjid, dan makan malam di Turmeezee Halal Food, sedap dan murah juga. portion nasi dia memang kenyang la makan. Air masak free. Dia siap bagi gelas with ice. Berbaloi. Boleh repeat lagi.
Kemudian kami terus balik ke homestay.
End of Day 1.
No comments:
Post a Comment