Privacy Policy

Tuesday 16 July 2024

DIY Turkiye 2024 Day 11 - Istanbul

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis 7 Mac 2024

Alhamdulilah, pagi ni dalam pukul 10 pagi kami turun dari hotel. Tempat pertama yg kami tujui ialah kedai souvenir kat jalan belakang ni, berdekatan dengan Gülhane station dan Gülhane parkı. Sebab kan kedai Oriental Şal Gift Shop ni viral di kalangan Msian tourist, maka tinggi la possibility akan terserempak ngan Msian kat sini. Saya ada jugak singgah di sini, beli satu je handbag for my daughter. Staf İndonesian. Better kita survey dulu harga di kedai² lain juga ye.. Sebab di sini mmg banyak kedai souvenir. Harga pun agak competitive. 

Saya beli 3 lagi handbag di Tuncer Gift Shop, dekat situ juga. Satu utk sy, dua lagi utk adik n makcik. Banyak pilihan, harga boleh diskaun lg..Amca ni prefer kite bayar in cash. 


Sementara saya shopping, Lid bawa anak² masuk Gülhane parkı. Lepak² dekat pintu je, tak masuk dalam².. Ada library, kate Lid. Tapi nak masuk kena ada passport, passport nye saya pegang, jadi depa lepak² tengok kucing je di situ. 


Dari Gülhane, kami nak ke Taksim pula. Kami naik tren T1 dari Gülhane, turun di stesen terakhir, Kabataş. 


11.07 a.m. Sempat beli simit kat situ. Kemudian tukar füniküler line F1 (kena jalan sikit), dari Kabataş ke Taksim. Kami tiba di Taksim Square. Ada pameran lukisan anak² Palestin. 



Kami jalan² sekitar Taksim Square menuju ke İstiqlal Caddesi. Harga kebab kat sini agak mahal. Kalau makan berdua, boleh la gagah lagi. 

12.30 p.m. Lastly kami terjumpa KFC dekat situ, ada juga Burger King. Setelah ditimbang tara, kami decide makan KFC, walaupun sebenarnya dah berbulan² tak makan KFC di Malaysia kerana boikot. Bagusnya KFC di sini, depa ada menu Rahmah. Boleh la, makan ramai² kami ni. Total makan KFC tak sampai RM50, setiap orang dapat set masing². Elhamdülillah. Ada juga kami terserempak dgn pelancong Msian kat sini.


Lepas makan, kami naik tram signature warna merah tu..Bayar tambang guna İstanbulkart, tak sure berapa tambang. Tram penuh. Kami naik di tempat mula² sekali di Taksim Square. İn between ada 3 stop, and last sekali di Galata. Seronok, first time naik. 


Sampai la last stop, dekat dengan Galata tower. Snap la beberape keping gambar bsama tram merah buat kenangan. 


2.00 p.m. Saya singgah beli perfume di D&P pula. Ada promo, tgh murah sgt. Berbaloi beli. 


Actually kat İstiqlal street ni banyak lorong² belakang yg kite boleh explore. Cuma masa kami terhad, kena spend lebih hari di İstanbul sj, baru puas jalan semua tempat. Banyak kedai souvenir sekitar sini. Ada yang agak berbaloi juga harganya. Kami terjumpa mesjid pula antara deretan kedai2 ni. 

Şah Kulu Camii

Kemudian kami jalan² lg, terjumpa kedai kebab yg kami singgah masa first trip dulu..Seronok tuan kedai tu, bila kami tunjukkan gambar lama kedai dia.



Galata tower tgh under preservation masa kami sampai ni. Katanya tutup sebulan. Sekarang, selepas dibuka semula, entrance fee 30euro. Huhu. Saya paling suka pergi kawasan Galata tower ni. Banyak drama Turki yang saya tonton, buat shooting di sekitar sini. View kat sini cantik, dengan jalan cobble stone dia tu.. Tengok dari jauh pun suka, apalagi bila dah depan mata. Tempat ni memang wajib repeat kalau bertandang ke Istanbul lagi kelak. Next trip kita kena naik pulak Galata tower ni. 

4.10 p.m. Kami meneruskan perjalanan, menuruni anak tangga menuju ke bawah, kawasan Karakoy. Kami terjumpa penjual gula-gula ni. Nama benda ni Osmanli macunu. Mula2 dia nak 50TL, selepas tawar-menawar, dia bagi 30TL. First time jumpa, jadi tak tau la kat tempat lain harga berapa..Kalau korang jumpa, komen ye harga korang beli..Dia tak keras ye..rase macam sugus pun ada tapi tak manis sangat, berlengah jari2..Boleh la buat rasa2..


Jalan terus ni akan jumpa Galata Bridge, kami ke kanan untuk ke Arab Camii.

Yang ni another wishlist la, sebab kami dah singgah Masjid Arab di Penang, jadi nak lawat Masjid Arab di İstanbul pula. 

Masjid Arab, Penang

Arab Camii, Istanbul


Solat dan rehat sekejap. Kat sini kami saja orang asing. Dalam masjid ni, ada kawasan untuk budak2 kecik bermain. Bagus. Patut dicontohi oleh masjid2 lain. Lepas solat, kami minum cay kat luar pintu masjid. Ada kedai cay dan ada lori jual manisan. Macam kek. Sedap. 


Lepas makan dan minum, kami naik bas ke Eminonu. Turun di bus stop semlm berdekatan Haliç, yg kami naik bas utk ke Fatih Mosque. 


6.20 p.m. Kami menuju ke kedai Turkish delight, Hazer Baba. Sy nak beli coklat. Kat sini macam² jenis Turkish delight, baklava, coklat semua ada. Depa jamu customer dengan jus delima suam dan air safran. Harga kat sini agak pricey tp rase die sedap la..Bas² pelancong Arab biasanya akan singgah di sini.


Kemudian kami ronda² kawasan luar Spice Bazaar. Crowded. Plan nak beli 1 lg luggage. Puas pusing. Bila jumpa yg harganya agak murah, depa nak cash plk..Saya dah tak ada banyak cash dah.. Sy try withdraw kat atm, Maybank kad sy tak boleh nk withdraw. Mungkin sebab Malaysia waktu tu dah lepas tgh malam, jadi sistem down atau ape. Sy try dua 3 atm machine, memang tak dapat nak withdraw. 

8.00 p.m. Akhirnya, semasa kami berjalan mendaki bukit untuk ke Suleymaniye Camii, kami terjumpa kedai beg, yg ni pun kami pernah singgah dulu, beli luggage pink polkadot kami tu. Tuan kedai sedang solat maghrib di sudut dlm kedai masa kami sampai di kedainya. 


Elhamdülillah, die terima kredit card, tapi dia kate kalau bayar cash, die bg diskaun, by card no diskaun. Takpe la..masih berbaloi utk beli. 

Kemudian kami terus ke Suleymaniye Camii yg tak jauh dr situ. Solat jap. Tak dapat lagi nk ziarah makam Sultan Suleyman & Hurrem Sultan.


9.30 p.m. Balik dari masjid, kami singgah lagi beli kunefe di Safa. Pasti akan rindu tempat ni. Boleh bayangkan tak berapa puluh ribu langkah  kami berjalan hari ni? Hahaha.. Malam tu, kami makan nasi berlaukkan apa sj bekalan yg berbaki. Esok nak balik dah. 

No comments:

Post a Comment