Privacy Policy

Friday 12 July 2024

DIY Turkiye 2024 Day 10 - Istanbul

بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rabu 6 Mac 2024

Hari ni kami akan checkout Bursa, dan kembali ke Istanbul. Since kami memang takkan sempat nak kejar feri pukul 9.30 pagi, so sy decide kami naik bas sahaja untuk ke Istanbul. 

Hujan renyai² pagi ni.. Selesai bersarapan, sy pergi withdraw duit dulu di Ziraat Bankası. Jam 9.30 pagi kami dah sampai di Heykel istasyonu. 

9.40 a.m. Dari Heykel ke Kent Meydanı, tukar tren dr Kent Meydanı ke Terminal. 

Setibanya kami di Bursa terminal, sy terus cari tiket ke İstanbul. Mula² saya ke kaunter Metro Turizm. Sebenarnya banyak sgt kaunter yg tulis Metro Turizm..nk approach yg mn satu pun sy xtau. Sy ke kaunter Metro Turizm yg berada di tengah² terminal. Sy tanya harga tiket ke İstanbul. 300lira katanye. Sy tak terus beli. Sy ke kaunter Kamil Koç pula. Elhamdülillah. Harga tiket Kamil Koç 240lira sj. Sy pun terus beli tiket bas pukul 11 pagi.


Seat kami kat belakang bas. Dalam bas ade diedarkan snack dan soft drink. Advantage duduk kat belakang ni, dapat ambil semua snack yg ada. Air pun boleh request dua jenis. Amca kat belakang tu try gak nak sembang ngan sy..soalan ke3 sy dah tak bole dah..haha. Ada screen belakang seat ni, budak² duk main game..


Estimated time sampai kul 1.50, tp sebab İstanbul macet, kami sampai di otogar jam 2.30 lebih. Kami diturunkan di bahagian belakang otogar. Baru tau ada masjid kat belakang ni. 


Dulu masa first trip, kami di sini kerana menaiki bas untuk ke Edirne. 


Dari otogar, kami naik tren ke Yenikapı, kemudian tukar tren Marmaray dr Yenikapı ke Sirkeci. 

3.50 p.m. Sampai Sirkeci, terus cari hotel kami untuk dua malam berbaki di İstanbul. Terjumpa kedai perfume sama yg sy singgah di Cairo penghujung bulan Ogos 2023, yg terletak di antara stesen Sirkeci dan Gulhane. 


Hotel kami pun berdekatan sini juga. Selepas berehat sekejap, kami keluar semula berjalan kaki ke Eminonu. Sempat juga sy singgah beli perfume sebotol di Maa AlThahab. Plan petang ni nak ke Masjid Sultan Muhammad Al-Fatih. 

Mulanya kami tunggu bas sebelum stesen tram Eminonu. Memang ramai orang menunggu bas di situ. Tapi bas yg berhenti di situ, hanya untuk turunkan penumpang. Kalau bus berhenti pun, driver tak bagi naik. Die suruh naik bas kat depan lagi.

Kami cuba tanya orang2 dekat situ, lelaki Turki tu kata kena jalan lagi dalam 5 minit selepas station tram Eminonu, nanti jumpa bus stop, sebelah kanan. Kami pun jalan la terus. Terjumpa plk kedai roti ikan - balik ekmek 90TL, kami pun duduk makan sat. Cay die bg free ja. 


Lepas makan, kami meneruskan perjalanan ke bus stop. Semua bas akan berhenti di situ. Bas stop ni tak jauh dari Haliç. Masa first trip dulu kami stay hotel area sini, belakang Hazer Baba yg jual Turkish delight tu. 

Untuk ke Masjid Sultan Muhammad Al-Fatih, boleh naik bas bernombor 336E, 50P atau 90. Kami naik bas 336E yg ada masa tu. Bas penuh. 

Masa kat dalam bas on the way ke Masjid Fatih tu, ada sorang amca ni, cakap ngan sy, sambil tunjuk2 mulut anak sy yg no 3. Sekeliling mulut die kering, melecet sebab cuaca sejuk, sampai berdarah. Dia sorang ja. Kami yang lain ok, tak de sampai berdarah bibir. Plus ada guna lipbalm..Amca tu suggest beli something, untuk sapu. Saya snap jugak la gambar benda yang dia suggest suruh beli tu. Saya pun tak tau bende ape ni..kalau ada yg tau, boleh jawap di comment ye.. 


Kami turun di bus stop Fatih. Turun bas tu, terus naik tangga masjid. Alhamdulillah. 

Masjid Sultan Muhammad Al-Fatih




Makam Sultan Muhammad Al-Fatih

Kami masuk masjid dulu, selepas solat baru kami jalan2 kawasan luar masjid. Kawasan makam Sultan Muhammad Al-Fatih hanya dapat tengok dari luar shj. Seronok dapat sampai di sini. 


Kawasan luar masjid ni happening. Banyak kedai, ada jual macam2. Kami keluar2 pintu masjid ni, ada orang tengah angkat benda besi ape ntah. Besi tu terjatuh, kena kepala anak sy yg nombor 3 tu. Lid marah la depa sebab tak careful. Nasib baik anak sy kata sakit sikit je. Sy pun taknak la bergaduh kat tempat orang kan.. 

Kami jumpa kedai ayam golek, sy pun beli la seekor, 160TL. Kemudian, sy tanya penjual ayam golek tu, kat mana kedai kunefe yg sedap tu. Kedai kunefe ni pun kat sebelah pintu masjid tapi pintu yg lain. Kami pun jalan ke arah yg dia tunjukkan tu. Kat sini ade 2 kedai kunefe. Harga pun sama, tapi sy beli yang betul2 sebelah pintu masjid. Harga 1 portion 50TL sj. Murah. Panas2. 


Kami duk la makan kat tembok tepi jalan tu. Sambil tu, sy tengok2 kedai yang jual Turkish delight, kurma, coklat.. Depa bagi kita nak testing. Oleh kerana tinggal tak berapa hari lagi sj nak puasa, ada banyak la juga kedai2 yg jual kurma. Tapi bila sy testing, kurma nya keras. Harga rasanya mahal sikit drpd yg sy beli di Konya kelmarin. Alhamdulillah sy dah beli di Konya. Kalau tak beli, mesti sy menyesal. 


Kemudian, kami try sahlep, for the first time. Sahlep ni satu cup 60TL harga die. Sy ingat paling mahal kot 30TL. Sy tak sure local bayar berapa TL, tapi memang die tunjuk harga kat dinding 60TL. Rate masa ni kalau 60TL tu rm9.++..mahalkan.. Panas. Rasa die sy tak sure how to explain. Worth to try. Sebelum ni kami tak jumpa pun sahlep kat tempat lain yg kami pergi. 

Lepas habis minum sahlep, kami pun berjalan ke bus stop untuk naik bas ke Eminonu semula. 

Turun di Eminonu, kami jalan2 kat dataran yg berdekatan dgn Galata Bridge tu. Dari stesen tram Eminonu tu, kami nampak ada konsert kat seberang jalan, di dataran yg berdekatan dengan Spice Bazar tu. Tak ingat dah siapa nama artis yang perform tu. 



Beli jagung di Eminonu. 30TL sebatang. Tapi jagungnya tak cantik. Takyah la beli kat situ lagi. Kami jalan kaki sj balik ke hotel. Malam ni masak nasi dan makan bersama ayam golek yg kami beli tadi. Alhamdulillah. 

Makan bersama kuah Brahim.










No comments:

Post a Comment