اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Khamis 7 Mac 2024
Alhamdulilah, pagi ni dalam pukul 10 pagi kami turun dari hotel. Tempat pertama yg kami tujui ialah kedai souvenir kat jalan belakang ni, berdekatan dengan Gülhane station dan Gülhane parkı. Sebab kan kedai Oriental Şal Gift Shop ni viral di kalangan Msian tourist, maka tinggi la possibility akan terserempak ngan Msian kat sini. Saya ada jugak singgah di sini, beli satu je handbag for my daughter. Staf İndonesian. Better kita survey dulu harga di kedai² lain juga ye.. Sebab di sini mmg banyak kedai souvenir. Harga pun agak competitive.
Saya beli 3 lagi handbag di Tuncer Gift Shop, dekat situ juga. Satu utk sy, dua lagi utk adik n makcik. Banyak pilihan, harga boleh diskaun lg..Amca ni prefer kite bayar in cash.