Privacy Policy

Monday, 27 May 2024

DIY Turkiye 2024 Day 8 - Ertuğrul Gazi tomb

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Isnin 4 Mac 2024

Sebenarnya Eskişehir ni ialah persinggahan sebelum kami meneruskan perjalanan ke Söğüt untuk menziarahi makam Ertuğrul Gazi. Sebab tu lah, sy plan 1 malam saja di Eskişehir. Bila sampai Eskişehir, sy rase macam tak puas plk singgah 1 malam je. İnşaallah next time kite repeat plk. 

Perjalanan hari ni adalah yg sy takde sebarang expectation.. Taktau nak ke sana sini tu naik apa, pukul berapa jadual bas, berapa bajet tambang semua saya tak tau. Gamble sj.

8.30 a.m. Kami dah turun dgn semua luggage kami untuk bersarapan di hotel. Menu sarapan pagi ni ialah Türk kahvaltı. Diorg serve kami, so kena tunggu sat depa hidang kat kami. Sarapan ni memang sedap. Rase sgt welcoming. 


Usai sarapan kami terus heret bag ke bus stop. Nak menuju ke Eskişehir otogarı. Sy tak sure bas no berapa yg kami perlu naik utk ke sana. So bila ada bas berhenti, sy pun naik tanya dengan driver. Driver cakap bas numara yirmi dokuz..Kemudian ade passenger kate no. twenty nine, 29. Peki. Kami pun tunggu la bas no. 29, dah lebih setgh jam, tak sampai². 

10.00 a.m. So sy decide nak naik teksi sj ke sana. Masalah nya, kami ni bertujuh, dgn luggage² kami lagi. Kalau ikutkan, kami kena naik dua teksi. Emmm.. Teksi ada banyak lalu lalang depan bus stop kami. Akhirnya ada 1 teksi berhenti, sy tahan teksi guna eye contact sj. Haha. Sy tanya berapa cas utk ke otogar? Driver tu kate pakai meter. Sy kate kami ada 7org, yedi kişi. Die kate boleh. Die pun turun untuk masukkan luggage² kami dlm bonet. Lid duduk depan riba anak yg paling kecik. Kami yg lagi 5 dah macam ikan sardın dlm tin kat seat blkg. Takut nak naik teksi pada mulanya kerana takut kena cas mahal. Alhamdulilah, driver teksi baik hati. Perjalanan tak sampai 15minit. Tambang teksi 170lira sj. İkut meter. 


Eskisehir otogar

Sebenarnya ada tren stop dekat dgn otogar ni. Maknanya kite boleh ke otogar menaiki tren. Tapi sebab sy tak beli Eskart, jadi sy mmg plan naik bas sj utk ke otogar. Bas pun sy tak sure nak bayar pakai apa, maybe byr pakai wise/debit kad/ cash. Tp bas yg ditunggu² tak sampai, akhirnya kami terpaksa naik teksi. 


Sy terus masuk dalam stesen bas untuk cari kaunter tiket ke Söğüt. Harga tiket 100lira/pax (dalam RM15.50 ikut tukaran masa ni). Mase tu baru jam 10.20 pagi. Sy tanya amca tu, şimdi? Yok. Emmmm... Lepak la kami menunggu next bus jam 11 pagi. Mulanya, dia ingatkan kami berdua saja, sebab tu dia bg tiket dua helai je.

Tiket bas ke Söğüt.

10.55 a.m. Luggage kami dimasukkan ke dalam bonet bas.  Bas yang kami naik ni comel je. Selamat tinggal Eskişehir. Till next time.


Boleh duduk mana² je.

Masuk kawasan kampung, dah macam
dalam cerita Siccin.

Bas ni jenis bas henti²..driver pun bawa bas rilek² je. Perjalanan mengambil masa 1jam. 

Tiba sj di Söğüt, kami terus tukar bas untuk ke Ertuğrul Gazi turbesi. Tambang bas 14TL sj per pax. Sy bayar utk 5org sj. Bagitahu driver kite nak ke Ertuğrul Gazi turbesi. Sampai je situ, dlm masa 15minit, die pun panggil suruh kami turun..Kami melawat dalam setgh jam. 







12.45 p.m. Lepas melawat makam Ertuğrul Gazi, kami tunggu bas utk kembali ke otogar. Kami terlepas bas, melangut la tunggu bas tak sampai². Jam 1 tghari ada acara pertukaran pengawal yang bertugas menjaga makam. Masa ni kami dah tunggu bas, jadi lihat dari jauh sj la. 


Bila bas sampai, penuh pulak.. berhempit lg mcm sardin, dgn luggage² kami lagi. Maybe, next time boleh tinggalkan luggage sekejap di otogar. 

Kalau tak silap sy, bas ni akan lalu setiap setgh jam. Jadi, kalau korang nak diy mcm kami kena pandai bajet masa.

Pekan Söğüt

Bile sampai di otogar, sy tanye di kaunter, bas utk ke Bileçik. Depa bgtau pukul 2. Masa tu baru jam 1.30 tghari.. Jadi kena tunggu lagi setgh jam.

2.00 p.m. Bayar tambang bas kepada driver. 80TL/pax. Bas bergerak meninggalkan Söğüt. Bas melalui jalan yg sama sehingga kami lalu sekali lagi di hadapan makam Ertuğrul Gazi. Maknanyakan, kalau kite tunggu bas ke Bileçik dari depan makam tu pun boleh..tak perlu patah balik ke otogar. Ok. Dah tau dah. 

Kami duduk seat dekat dengan driver. Ada sorang penumpang bas (lelaki) bersembang dengan driver. Dia perasan kami, ucap welcome, tanya kami dari mana nak ke mana..Dia boleh berbahasa Inggeris sikit². Driver tak boleh berbahasa Inggeris. 

Lelaki tu tanya kami nak ke mana. Saya kata ke Bursa. Die bgtau di Bileçik ada 2 otogar. Satu utk ke İstanbul, dan satu lagi utk ke Bursa. Jarak antara 2 otogar ni dalam 10 minit perjalanan dengan bas. Dia kata jangan turun di otogar pertama, tapi turun di otogar kedua. Bas yg sama, tak perlu tukar bas. Die turun dari bas selepas bas melalui otogar pertama. Kawasan rumah dia adalah rumah flat. Sebelum turun, dia bgtau sy, nanti driver akan bantu kami dapatkan bas ke Bursa. Elhamdülillah. Sy ucap terima kasih kat dia kerana bantu kami. Hanya Allah yg boleh balas jasa baik dia. 

Perjalanan dari Söğut ke Bileçik mengambil masa 45minit. Sampai saja di terminal bas Bileçik, driver terus keluarkan luggage kami dr belakang bas, pindah masuk bonet bas ke Bursa. Dia tunjukkan sy person in charge utk bas ke Bursa. Sy pun ucap terima kasih kat dia. 



Bas ke Bursa ade 2 orang pemandu. Pemandu ke2 tu yg bercakap dgn driver bas dari Bileçik tadi. Sy tanya dia di mana sy nak beli tiket.. Dia suruh sy masuk kiosk berhadapan dgn bas tu. 

Kat sini semua geng² veteran. Amca tu siap minta passport utk key in nama kami. Tiket bas 200TL/pax. Lepas bayar duit, sy dapat sekeping kertas yg ditulis nombor tempat duduk dan jumlah bayaran yg saya bayar.

Tiket ni walaupun rupe camni, kena simpan untuk pemeriksaan tau. 


Next bus jam 3 ptg. Kalau terlewat sıkıt, terpaksa la kami tunggu sejam setgh lagi.


3.05 p.m. Bas bergerak meninggalkan Bileçik otobüs terminalı. Semasa dalam perjalanan ke Bursa, bas ada berhenti di pertengahan jalan kerana ditahan oleh penguatkuasa (sy rase). Depa nak tgk passport, ikamet dan kimlik, sekejap sj. Mungkin pemeriksaan biasa bg depa.  


4.50 p.m. Bileçik ke Bursa mengambil masa 1 jam 45minit. Alhamdulillah kami selamat tiba di Bursa Otogarı.

5.00 p.m. Sy beli Bursakart di mesin. Harga 50TL, kemudian sy topup 200TL. Dari Terminal kami naik tren T2 ke Kent Meydanı. Sekali tap 9.10TL. Sy tap 5 kali sj. Dari Kent Meydanı, kami menapak ke Osmangazi. Sebenarnye, boleh je terus naik tren T1 di Kent Meydanı. 



Di Osmangazi, kami jumpe midye dolma..first time nak rase. Masa first trip dulu tak berani nak mencuba. Harga die kire seketul, ada 9/10/11 lira. Sy pilih yg tgh², 10lira. Kalau tak silap, sy beli total 20 ketul. Makan berdiri kat situ juga, bungkus lg 5/6 ketul. Budak² suka. Mungkin juga sebab diorang dah lapar, sbb hari ni kami sempat bersarapan saja pagi tadi di hotel. 

Dari Osmangazi, kami naik tren ke Heykel. Tren T1 di Bursa ni, korang kena masuk pintu yang depan sekali tau walaupun die ada banyak pintu macam tren lain. Sebabnya scanner dia ade kat pintu paling depan saja. Mulanya sy pun xtau, masa dalam tren tu ade sorang guard tu suruh sy ke depan utk scan. 

Kami turun di Heykel, jalan kaki untuk check in hotel 2 malam di Bursa. Kami berehat sekejap, dan solat. 

Lepas maghrib, kami jalan kaki ke Tasavvuv Vakfı Kültür Merkezi. Hajat di hati nak tengok Sufi whirling dervish dance tu. Kami sampai di situ jam 8.00 mlm. Sebenarnya kami belum sempat dinner pun lagi. Ingat nak patah balik nak p cari makan dulu. 
Depa bg çay kot tingkap yg tengah² tu.

Lid tanya kpd person in charge di situ, jam berapa depa mula, sbb kami ingat nak p makan dulu. Dia kate xpe, depa ada sediakan makan percuma malam ni. Boleh makan sekali. Sementara tu, depa bagi kami minum çay kat luar ni. Alhamdulillah, rezeki kami malam ni. 

Bahagian perempuan dan lelaki diasingkan. Sy dan anak perempuan duduk bersama jemaah perempuan. Mula² sekali, depa hidang makanan, sembang² santai. Ada sorg jemaah tu boleh berbahasa İnggeris, jadi sy tanya la ape yg patut kan. Suka dia bila sy kata nama anak sy Syarifah sebab nama dia Serife. Layanan diorang ni sangat baik walaupun kite ni orang luar. Makan sama² semangkuk. Diorang kebanyakannya pakai jubah hitam dan tudung hijau gelap, dah macam geng makcik² marhaban. 

Jemaah tudung pink yg boleh speaking.


Kami makan (dari kanan atas) aşure, buah zaitun, turkish helwah, kurma dan nohüt. Aşure tu kind of bubur asyura kat tempat kita juga la. Sedap. Sy kenal aşure dari kelas Türkçe yang pernah sy sertai dulu. Tak sangka dapat rasa aşure di Bursa malam ni. 

Nohüt tu pula ialah sup kacang kuda campur daging, mula² makan cicah dengan roti, kemudian tu depa buh nasi dlm mangkuk tu. Sedap belaka la. Sesuai dengan perut yang sedang elok lapar nak makan ni.

Sambil² makan tu, sy tanye Şerife, selalu ke diorg buat program makan² ni. Şerife bagitau hari Isnin & Jumaat saja ada makan2. Berubah air muka Şerife bila sy tanya pasal sufi dance tu. Dia kata it's not a dance. Lepas makan ada kuliah agama, lepas ceramah, baru diorang start kind of zikr ritual. 

Selepas siap makan, ada ustazah bacakan doa, kami aminkan saja. Kemudian, dah kemas meja, kami dihidangkan dengan çay lagi. Şerife dah tak nampak kelibat dah. 

Ada jemaah yg baru masuk, terus bersujud depan hoca. 

Kami dengar ceramah dari tv, ceramah live dari bilik sebelah sana. Terdengar hoca bertanya soalan menggunakan bahasa Inggeris kepada Lid, tentang tarikat di Malaysia. Seterusnya, ceramah dalam bahasa Turki. Tak paham pun takpe. 

Selepas sesi ceramah, depa solat Isyak pula. Jemaah perempuan boleh pergi ke bangunan sebelah, dan naik tingkat atas untuk solat dan ikut berzikir. Depa buat solat sunat rawatib, kalau tak silap sy, 4 rakaat, 2 salam sebelum dan sesudah solat jemaah.


Kemudian baru lah bermulanya tarian sufi. Dia macam marhaban kat Malaysia, yang diiringi dengan tarian tu. Sebenarnya bermula pun dah agak lewat. Kami stay sampai jam 12 tengah malam. Anak² pun dah ada yg tertidur. Kejut anak² kate nak balik dah. Malam semakin dingin. Jalan pun dah lengang. Kami sampai di hotel jam 12.30 mlm. Sy sangat berpuas hati dapat tengok dgn mata kepala sendiri tarian sufi tu. Antara pengalaman hidup yang sangat bernilai.
















































No comments:

Post a Comment