اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ahad 3 Mac 2024
9.00 a.m. Kami checkout drpd hostel, kemudian menuju ke kedai pizza semalam. Unfortunately, takde rezeki nak makan pizza tu lagi sebab depa buka pukul 10..Jadi kami terus berjalan ke Bedesten Bazaar.
Bazaar pun baru nak buka.. Kami sempat beli luggage baru sbb ada luggage kami yg dah terlalu berat, nk heret pun susah..tak ingat harga berapa sbb lupe nk jot down.. Drpd 3 luggage skrg dah jd 4 luggage tp takpe sbb askar ramai.
Kemudian kami lepak kat dataran tempat kami minum çay semalam. Saya beli simit dan roti ayam utk sarapan. Sempat juga saya beli teko çay untuk kenang²ngan.
35TL only. 😋 |
Hari ni kami akan bergerak ke Eskişehir menggunakan YHT speed tren. Sebenarnya sy pun tak pasti di mana kami perlu pergi utk ambil tren tu. Waktu sy search Googlemap, ada dua tempat TCDD gar di Konya. Sy agak² saje yg mana satu. Selepas sarapan, kami keluar meninggalkan Betesden bazaar menuju ke bus stop..
11.00 a.m. On the way berjalan ke bus stop, ada dolmuş berhenti berdekatan kami kerana menurunkan penumpang. Jadi, sy pun naik dolmuş tu untuk tanya macam mana kami nak pergi ke TCDD gar tu. Amca (sebutan die amja yg bermaksud pakcik) tu tanya kami nak pergi mana? Dia tanya in Turkçe, yg sy boleh faham sikit². Sy kate nk pergi Eskişehir, sambil tunjukkan my printed booking tickets. Die pun kata ok kami boleh naik, sy pun panggil Lid dan anak² semua naik.
Selepas scan bag, sy terus ke kaunter tiket untuk mendapatkan kepastian samada kami ditempat yang benar. Alhamdullilah..betul. Tren kami jam 12.05 p.m. Kami naik ke tingkat 1 untuk ke ruangan menunggu. Selamat tinggal Konya.. Sampai bertemu lagi.
12.15 p.m Tren ke Eskişehir tiba. Cepat² kami naik designated coach dan cari seat kami. Anak² n Lid terus pejam mata ler. Sy tak berani nak tidur sbb takut terlajak nanti, ke mana plk kami sampai. Dalam tren takde serve snack macam dlm bas.
2.00 p.m Kami selamat tiba di Eskişehir. Stail YHT tren ni macam ETS.. Sebelum sampai stesen kite nk turun tu kena get ready, sbb die berhenti sat je.
Dari stesen tren Eskişehir ni, kami keluar pintu Odunpazarı, dan kena menapak 1km untuk sampai ke hotel kami malam ni. Jalan la pelan².
2.40 p.m kami sampai di hotel. Kami kena tunggu sat sebab bilik kami tak siap kemas lagi. Kemudian, staf hotel tolong angkatkan luggage kami naik bilik di tingkat 4 (atas sekali). Kami berehat sebentar sebelum keluar semula untuk explore kawasan sekitar. Mulanya ingat nak naik gondola. Emmm..tapi sebab mahal sgt, takpe la..kami tak jadi naik. So kami jalan² saja..
Kami singgah makan di Bool Köfte. Kami try Balaban köfte dan çiborek. Sedap juga la..next time boleh repeat lagi.
Kemudian kami jalan² terjumpa kedai jersi. Memang ada plan nak beli jersi untuk anak². Sy pun tak lepas kan peluang belikan jersi pasukan Galatasaray copy ori utk budak 5 orang tu. Kemudian ada la lg shopping barang lain..Sy rasa kat sini harga lagi murah dari tempat lain yg kami dah singgah setakat ni.
Kami jalan lagi sampai di Reşadiye Camii. Selepas solat, kami meneruskan perjalanan ke Odunpazarı Evleri.
7.00 p.m kami sampai di Odunpazarı Evleri. Rumah² di sini di cat berwarna-warni seperti rumah² di Kuzguncuk, Uskudar, İstanbul. Sebab kami sampai dah lewat, jadi dah tak ramai orang. Diorg ade jual souvenir.
Kami tak lama di situ. Di seberang jalan ada bus stop. Kami ingat nak balik hotel naik bas sj. Tapi sebab macam tak de bas yg boleh sampai directly ke hotel kami, so kami decide jalan kaki saja. Cuma, jalan balik ni ialah jalan yg berbeza dgn kami pergi tadi. Kami just jalan² ikut googlemap. Then singgah kedai aiskrim, bg anak² makan aiskrim sat. Harga per scoop sama je macam kami makan di Kuzguncuk kelmarin dulu. Make sure tanya dulu berapa harga k.
Sy singgah beli barang di kedai serbaneka Bim dan ADC market. Nak cari tea bag, yg org suggest beli. Sy beli apple tea. Yg sebenarnye dicari tak jumpe.. Takde stok. Tak jauh lagi nak sampai hotel, kami jumpe kedai ayam golek. Sy pun beli la seekor..murah je 130lira. Buat lauk kami malam ni.
9.00 p.m kami tiba di hotel. Kami masak nasi, panaskan kuah segera Brahim, makan dgn ayam golek yg sy beli tadi. Ayam tu disertakan dengan spice dlm paket kecik..tabur spice tu atas ayam..sedap..
No comments:
Post a Comment