اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sabtu 2 Mac 2024 - Hari kedua di Konya.
10 a.m. Kami memulakan perjalanan hari ke 6 dengan bersarapan di kedai pizza warga Syria, tak jauh dr hostel kami. Kedai ni kami terjumpa je sebenarnya..kami lalu depan kedai depa, then masuk tanya depa jual ape, tanya harga, ok. Ok, boleh cuba. Depa ada jual macam2 jenis roti lagi. Harga pizza yg kami makan ni 150TL.
Selepas makan, kami jalan menuju ke Bedesten bazar lagi. Kami melalui jalan tanpa tar yg kami lalui malam semalam.
Jalan dari hostel menuju ke Bedesten Bazaar. |
Kami masuk Bedesten bazar, kedai² pun baru dibuka. Sy shopping sikit², beli tracksuit anak². Harga mur² sj. Berbaloi beli.
Kemudian, kami jumpa kedai simit pula. Beli simit dan lepak kat dataran minum cay pulak. Simit kar kedai ni paling sedap setakat yg kami pernah makan di Turkiye..harga 11TL.
Pagi ni, kedai cay belanja kami minum cay. Alhamdulillah. Tapi cay kat Turki ni cawan kecik, tak puas minum secawan, kami order juga tambahan. Kat Konya ni murah, secawan cay 7TL je. Di Istanbul dan Erciyes kelmarin 10TL.
Kemudian kami mengexplore pasar ikan dan sayur-sayuran pula.
Macam² rupa cheese..ada moldy cheese juga. |
Kami beli mulberry n strawbery..murah². |
Depa selak siap² insang ikan..fresh². |
Kemudian kami tanya penjual ikan, di mana kami boleh makan hamsi tava tu. Dia bagitau kena cari restoren ikan. Jadi saya pun google, then kami decide nak jalan kaki ke Fodul Balik Restoren berpandukan google maps. Jauh jugak la berjalan tu.. 😁
2 p.m. Restoren ni terletak di sebelah, malah sebumbung dgn Konya Balık Hali. Di situ kami makan balık ekmek (roti ikan) dan hamsi tava sahaja. Satu balık ekmek berharga 80TL (murah dan sedap). Hamsi tava pula berharga 250TL. Harga dalam menu. Free çay. Pekedai ni bgtau, kami family orang Msia/Indonesia ketiga yg datang makan kat restoren depa. Hamsi tu dihidangkan bersama salad dan roti juga. Sedap.
Selepas makan, kami tunggu bas di bus stop tepi jalan. Kami menaiki bas 31A untuk ke Mevlana Muze. Sy cuba tap wise kad, tapi tak berjaya sy rase.. Tak pasti.. Tp driver bas pun xkate ape², so sy pun buat tak tau je la.. Kalau die minta byr cash, sy ok je.. Tp mungkin sbb kami orang luar yg jarang nmpk, die sedekah je kot.. Kmdnnye, bila sy cek transaction wise, mmg takde ape²..
Bas penuh. |
Mase nak turun bas nak ke Mevlana Muze tu, ada seorang budak perempuan sy rase umur die dlm 14-15 camtu, guide kami, sampai la kami berdiri depan pintu masuk Mevlana Muze. Free entrance fee.. Kami sampai dah dekat pukul 4 ptg.. Last entry kul 4.30. Alhamdulillah, sempat menziarahi muzium dan makam mevlana Jelaluddin Rumi.
Makam mevlana. |
4.45 p.m. Kemudian kami singgah solat di masjid Sultan Selim yg bersebelahan dgn Mevlana Muze.
Mendung. |
Dr situ kami jalan ke Türbeönü çarsıları.. Kat sini depa jual souvenir Konya.. Sy beli sejadah utk hadiah kpd cikgu² tadika anak sy. Hujan rintik² menambah kesejukan petang ni. Bazar ni kemudian bersambung pula dengan Bedesten bazar di seberang jalan..semlm tak perasan pulak.
Mencuba topi Konya |
View from Bedesten bazaar |
Bedesten Bazaar |
Jalan balik ke hostel from Bedesten bazaar |
7 p.m. Kami meninggalkan Bedesten bazaar melalui jalan yg sama kami lalui smlm. Masa ni cerah lagi.
Sy terlupa satu benda.. Terlupa nak pergi tengok whirling dervish dance di Konya..dah sampai hostel baru sy teringat..huhu.. itu la kan.. Bila plan itinerary sorg².. Padahal dah cun² dah ada di Konya hari Sabtu..di FB, org kate kalau nk tgk whirling dervish dance di Konya, kena datang hari Sabtu..emmm..
Malam ni kami anak-beranak makan maggi saja di dapur hostel. Ada penghuni lain yang offer kami minum çay sambil bersembang dengan lid.
Diorang ni sewa bulanan di hostel kami duduk ni. Si baju kuning tu adalah lepasan universiti. So boleh la speak English..Dia bgtau takde kerja, susah cari kerja..jadi datang Konya kerja kontrak. Baru 2 bulan kerja di Konya. Dia kate every year 200ribu graduates from university di Turkiye, tapi peluang pekerjaan sgt terhad. Brother sorang lagi tu pun kerja kontrak juga, tapi dah lama stay kat situ. Family dia kat negeri lain.
Si baju kuning makan roti dan cheese yg berkulat tu..die kate nasi mahal. Sy dah kate kat lid, bgtau depa, kite makan nasi sbb nasi adalah makanan ruji org Malaysia..bukan sebab kite kaya..Hostel host pun kate kat Turkiye org ada² je makan nasi..emmm.. Satg depa ingat kami kerja cop duit plk..
Sebelum naik bilik, sy tinggalkan Lid dgn sebekas maggi tomyam..Lid sambung sembang sampai penghuni bilik lain yg geng² kerja kontrak ni turun makan kat bawah..Die bagi depa semua pakat rase kuah maggi tomyam tu.. Menggelupur masing² kepedasan..Lid kate brother baju hitam tu, hisap rokok nk kurgkan rasa pedas.. Chili sos pun lid bagi depa rase..hahahah..Can't imagine..rugi Lid tak snap gambar depa. Lama lid sembang ngan depa.
Bila Lid bgtau depa, kami tak sempat nak tengok whirling dervish dance di Konya, Si baju kuning bgtau, lebih baik kami tengok di tempat lain.. Kalau tengok di Konya, kena pergi awal sebelum pukul 7, kena bayar, kemudian balik lambat. Nanti bahaya kalau kami nak balik ke hostel lewat malam.
Depa bagitau, kami bernasib baik tak bertembung dengan geng² pelarian Syria di kawasan tu sewaktu kami balik dr Bedesten bazaar. Depa ni ade yg kena tikam mase balik kerja, sebab kena serang dengan geng² pelarian tu yg demand duit drp mereka.. Kawasan tu sebenarnya bahaya sikit. Sy just cakap kat Lid, Alhamdulillah, Allah lindung kita drpd perkara² yang tak baik.
No comments:
Post a Comment