اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kami telah berada di Turkiye selama 11 malam. Kami telah menjelajah 5 bandar bermula dari Istanbul - Kapadokya - Konya - Eskisehir - Bursa - Istanbul. Untuk makluman pembaca, kami travel 7 beranak, mencari hotel yang sesuai dengan keperluan dan bajet kami.
26-28 Feb - Istanbul
Malam pertama dan kedua, kami tidur di Fehmi Bey Hotel. Saya book family room di Booking.com untuk 2 malam. Total paid 184.48euro /RM967.96. Family room ada 3 ruang tidur dan ada meja makan. Hotel ada lif. Hotel ni sangat dekat dengan Blue Mosque & Arasta Bazaar. Ada free breakfast. Bagi sy breakfast yang disediakan sedap dan boleh buat alas perut. Mudah untuk sampai ke hotel guna tram, boleh turun di station Sultanahmet (jalan jauh sikit tapi landai) ataupun turun di station Camberlitas (jalan dekat, turun bukit). Secara ringkas, tak dekat sangat dgn tram station, tapi selesa dan berbaloi.
28 Feb-1 Mac - Kapadokya
Malam ketiga dan keempat, kami tidur di Goreme Valley Cave Hotel. Saya book family room di Booking.com. Total paid TL4918 (RM759.85), paid by Wise card at the hotel. Family room ada 2 ruang. Tak berapa luas tapi cukup katil untuk 7 org. Not a real cave actually. Hotel kecil shj, tiada lif. Harga ok. Ada free breakfast. Breakfast start 8.30, which is agak lewat pada saya. Sebab kami terpaksa tunggu. Omelette or scramble egg kena request. Breakfast boleh la. View tak berapa cantik sangat kalau nak tgk hot air balloon pagi2, tapi sangat dekat dengan restoran & station bas Goreme. Secara ringkas tentang hotel ni, saya hanya suka location shj.
1-3 Mac - Konya
Malam kelima dan keenam, kami tidur di Zafer Hostel. Saya book 2 bilik (double room & quadruple room) di Booking.com. Total paid RM900.26. Saya tak jumpa hotel yang lebih murah daripada ini di Konya. Hotel ni tiada lif. Bilik kami di tingkat 2. Bilik quadruple tu ada tandas di dalam, ada tv, peti ais dan heater. Bilik double has no private toilet, kena share kat luar, tv & peti ais rosak. Heater pun takde tapi ok la tak sejuk sangat, kalau sejuk boleh tarik selimut. No free breakfast, tapi ada dapur kat tingkat bawah. 2 malam di sana, kami lepak makan nasi dan maggi di dapur. Secara ringkas, tak dekat dengan station tram/bazaar. Kena menapak la sikit kalau nak ke bazaar. Saya tak recommend kepada sesiapa yang cerewet dan solo traveller. Tapi pada saya, saya suka stay kat sini.
3-4 Mac Eskişehir
Malam ketujuh, kami tidur di SRF Hotel. Saya book family room di Expedia. Total paid RM396.56. Family room besar, dalam bilik air ada bathtub. Hotel tiada lif, tapi staf hotel tolong angkat beg kami sampai bilik di tingkat 4. Ada free breakfast, yang disediakan bila kami turun. Suka sangat breakfast dekat sini. Tak dekat dengan tram. Kena menapak juga. Tapi kami memang banyak menapak, so it was not a problem for us.
4-6 Mac Bursa
Malam kelapan dan kesembilan, kami tidur di Hotel Cesmeli dekat dengan station tram Heykel, selepas Ulu Camii. Saya book double and triple room di Booking.com. Tapi hotel bagi saya triple and quadruple room, Alhamdulillah. Hotel ada lif. Ada free breakfast tapi biasa2 je, boleh la. Location ok. Total paid 190.80euro or TL 6541 (RM1001.74) paid by cash at the hotel.
Bila pay by cash ni, tak bagus sebenarnya, sebab pihak hotel convert dr Euro ke TL ikut rate semasa. Dah la TL semakin jatuh berbanding Euro. Kita nak withdraw cash pun Wise ada charge juga. Banyak la bezanya kalau bayar by card or by cash. Kalau bawa Euro, better bayar by cash tu guna Euro.
6-8 Mac Istanbul
Malam kesepuluh dan kesebelas, kami tidur di Sirkeci Family Hotel & Spa yang terletak di antara station tram Sirkeci dan Gulhane. Saya booking family room di Agoda. Total paid RM592.70. The price was without breakfast. Family room selesa, ada meja dalam bilik. Hotel ada lif. Masa checkout, hotel bagi saguhati Turkish delight. Secara ringkas, best location & paling murah antara semua hotel yang kami book untuk trip kali ni. Very recommended.
No comments:
Post a Comment