اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah.. Berbulan2 lamanya dari tahun 2022 meronta² hati sy nak g travel ke Turkiye sekali lagi. Dari bulan October 2020, semasa PKP, Allah rezekikan saya dapat join kelas bahasa Turki online for free. 6 semester kalau tak silap saya. Sayangnya semester ke 7 tak dapat diteruskan kerana jadual kelas yang mengganggu tugas hakiki.
Dalam masa yang sama saya layan drama² Turki yang ada English subtitles. Saya juga join group learning Turkçe dan Road to Turki di FB. Sambil belajar bhs Turki slowly, sambil mengenali budaya Turki melalui bahasanya. Banyak group saya join di FB. Jatuh cinta sungguh dengan negara Turkiye.
Melalui group Road to Turki tu saya dapat banyak info dan tip tentang travel ke Turkiye. Ada yang sewa kereta drive sendiri, buat road trip, ada yang guna public transport, kenal tempat2 tarikan pelancong selain Istanbul.
Penghujung 2022 baru sy nak cari tiket selepas 2 tahun Covid-19. Hinggalah awal 2023. Oleh kerana masa ni takwim sekolah start pertengahan bulan Mac. Tapi jadual cuti sekolah tak update lagi dalam kalendar cina tu.
Jadi susah nak plan travel sebab tak tau lagi bila tarikh cuti sekolah. Saya punya jadual pun takut tak match pula jadual cuti sekolah. Inilah antara punca2 nak pencen awal. Tapi tu la.. Bukan ada side income lain pun. Jadi kena la bersabar sampai la tahun boleh pencen.
My plan itinerary. |
Saya book tiket flight Penang-Ist-Penang dekat apps Spore Airlines. Betapa strugglenya saya nak booking tiket. Korang bayangkanlah nak travel DIY dengan suami dan 5 anak.
Dah cuba bayar guna debit kad. Dua bank saya dah try, tak lepas2. Saya hampir kemurungan sebab tak dapat nak lock tiket murah. Saya try transfer duit masuk credit card saya. Tak boleh juga. Saya cuba apply increase limit credit card saya untuk buat payment saje. Pun masih tak cover total price.
Last sekali, baru saya tau caranya. Saya perlu transfer duit dr cimb click masuk credit card maybnk saya. Alhamdulillah.. Akhirnya, saya dah berjaya book tiket flight.. Alhamdulillah Ya Allah.. Dah lama sangat saya nak repeat ke Turkiye. Saya dah tak boleh nak delay lagi. Berkobar² nak pergi sana.
Sy dah plan itinerary 12 hari di Turkey. Plan ni memakan masa berbulan-bulan nak buat. Route yang sy pilih ni memang ikut suka hati sy je..Haha. Seboleh²nya taknak touch n go sj. Boleh try guna apps/website Rome2rio utk tengok mode of transportation dari 1 negeri ke negeri yang lain.
Sy susun setiap hotel yg kami singgah tu kami akan stay 2 malam, kecuali di Eskisehir sj 1 malam. Hotel yang dah book awal pun bertukar2 saat akhir. Bilik hotel yg sy booking ni samada family room ataupun dua bilik utk kami anak beranak. Sy tak book airbnb ataupun apartment.
26-28 Feb - Istanbul - Fahmi Bey Hotel - (Booking.com) - RM967.96 - paid 15/2/2024
28 Feb-1 Mac - Kapadokya - Goreme Valley Cave Hotel - (Booking.com) - RM759.85 / 145euro
28 Feb-1 Mac - Kapadokya - Goreme Valley Cave Hotel - (Booking.com) - RM759.85 / 145euro
1-3 Mac - Konya - Zafer hostel - (Booking.com) - RM900.26 - paid 16/11/2023
3-4 Mac Eskisehir - SRF Hotel (Expedia) - RM 396.56 - paid 10/8/2023
4-6 Mac Bursa - Hotel Cesmeli - (Booking.com) - RM979 / 190.80euro
3-4 Mac Eskisehir - SRF Hotel (Expedia) - RM 396.56 - paid 10/8/2023
4-6 Mac Bursa - Hotel Cesmeli - (Booking.com) - RM979 / 190.80euro
6-8 Mac Istanbul - Sirkeci Family Hotel & Spa - (Agoda) - RM592.70 - paid 14/2/2024
16 Nov 2023
Saya book tiket Istanbul Sabiha Gokcen-Kayseri dengan Pegasus Airline. Mula2 nak pilih tiket jam7.40 pagi, tapi risau plk susah nak cari airport transfer subuh2 gelap gelita disamping nak kejutkan ahli keluarga bangun awal2 nak ke airport. Jadi sy book flight kul 12 tengahari.
3 Jan 2024
Saya dapat noti di Booking.com apps, action required untuk Zafer hostel. Zafer Hostel ni claimed depa tak dapat process payment dgn credit card sy. Geram betul rasenya..sebab 16 November sy booking bilik dgn hostel ni, depa terus charge full payment, padahal reservation tu ada free cancelation. Saya cuba chat Booking.com customer service, tapi no response. Saya email Booking.com, cepat juga la diorang reply. Then esoknya dah settle, hopefully dah sampai sana nanti hostel tu will not double charge me la..
11 Jan2024
Saya beli travel insurans secara online (Etiqa Tripcare360 Takaful). Gold pakej, masukkan sekali Adventures activities. Travel insurans ni kena beli sekurang-kurangnya 15 hari sebelum trip kalau kita nak claim flight cancellation. Kalau kurang drpd 14hari, flight kena cancel, tak dapat la nak claim. Selebihnya, untuk cover diri kita semasa dalam trip. Doa banyak2 semoga Allah permudahkan urusan trip kita, selamat pergi dan balik. Amin.
27 Jan 2024
Saya beli winter outfit di Bundle Preloved di Jalan Kebun, Klang. Kebetulan sy balik kampung tengok abah saya. Kedai ni jual bundle winter saja. Boleh la.. Harga winter kot dr harga RM80-150. Kena pandai pilih. Banyak pilihan jugak walaupun bundle. Ada juga winter boot tapi harga agak mahal la bagi saya. Sy beli setakat yang perlu sj. Boot tak beli. Kami pakai sport shoes sj. Tengok kat Istanbul nanti. Saya ada beli long john dan heat pack di Shopee juga. Hopefully, ia mampu menampung suhu musim sejuk di sana nanti.
1 Jan 2024
Saya beli simcard 2 Turk Telekom di Shopee. Hopefully it may work well when we exploring Turkey nanti. Kata orang simcard kat sana mahal.
9 Feb 2024
Saya beli tiket speed train YHT dr Konya ke Eskisehir untuk perjalanan 3 Mac di apps TCDD Tasimacilik E-Bilet. Harga tiket dewasa TL290, remaja TL250, kanak-kanak TL145. Bayar guna credit card. Sebelum beli tiket tu, kena sign up dulu apps tersebut. No telefon yang sy masukkan tu, hentam sj sebab die nak nombor telefon Turkiye, yang pentingnya email address valid.
16 Feb 2024
Saya beli tiket bas Metro Turizm dari Goreme ke Konya untuk perjalanan 1 Mac di apps Obilet. Tak perlu sign up. Harga TL270 seorang. Bayar guna credit card. No telefon yang sy masukkan ialah no telefon penginapan kami di Goreme. Selepas bayar, terus dapat email tiket bas.
Passport semua dah ready. Alhamdulillah. Lira tak tukar sebab nak withdraw dekat Istanbul airport. Ada baki TL dalam 400+ dari trip 2018. Ready dengan Wise card, Bigpay card, Debitcard & creditcard sj. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami, dan memelihara kami sepanjang permusafiran ini. Amin.
awak jatuh cinta dgn negara turkiye ni sbb hubby awak ajak awak mula2 sekali pergi turkiye dari pergi negara k pop kan.. hahahaha.. saya guest saja..
ReplyDeleteHmmm..tak sure nk kata..dah pergi sekali terus jatuh cinta rasanya..sebelum pergi tak rasa apa² pun..hehe
ReplyDelete