بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah.. Berbulan2 lamanya dari tahun 2022 meronta² hati sy nak g travel ke Turkiye sekali lagi. Dari bulan October 2020, semasa PKP, Allah rezekikan saya dapat join kelas bahasa Turki online for free. 6 semester kalau tak silap saya. Sayangnya semester ke 7 tak dapat diteruskan kerana jadual kelas yang mengganggu tugas hakiki.
Dalam masa yang sama saya layan drama² Turki yang ada English subtitles. Saya juga join group learning Turkçe dan Road to Turki di FB. Sambil belajar bhs Turki slowly, sambil mengenali budaya Turki melalui bahasanya. Banyak group saya join di FB. Jatuh cinta sungguh dengan negara Turkiye.
Melalui group Road to Turki tu saya dapat banyak info dan tip tentang travel ke Turkiye. Ada yang sewa kereta drive sendiri, buat road trip, ada yang guna public transport, kenal tempat2 tarikan pelancong selain Istanbul.
Penghujung 2022 baru sy nak cari tiket selepas 2 tahun Covid-19. Hinggalah awal 2023. Oleh kerana masa ni takwim sekolah start pertengahan bulan Mac. Tapi jadual cuti sekolah tak update lagi dalam kalendar cina tu.
Jadi susah nak plan travel sebab tak tau lagi bila tarikh cuti sekolah. Saya punya jadual pun takut tak match pula jadual cuti sekolah. Inilah antara punca2 nak pencen awal. Tapi tu la.. Bukan ada side income lain pun. Jadi kena la bersabar sampai la tahun boleh pencen.
|
My plan itinerary. |