اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jumaat 30 Jun 2023
Hujan lebat betul pagi ni. Terpaksa gigihkan diri masing2 meredah hujan ke Tekka Centre. Tanpa payung. Kalau travel, sanggup je basah kuyup. Haha.
Kami naik bas no.67 dan tiba di Geylang Serai Market jam 11 lebih. Kalau korang nak makan masakan melayu sedap2 kena datang sini sebab ada banyak pilihan.
Tiba di pasar Geylang Serai, di tingkat bawah, kita beli 4 ketul pisang goreng $2, epok-epok seketul $1 dan cakoi $1.20.
Kami naik tingkat atas untuk isi perut. Tak ramai orang hari ni. Mungkin sebab hari ni Jumaat dan semalam cuti raya. Peniaga pun ramai yg masih bercuti. Kami beli soto ayam, nasi sambal kelapa, nasi lemak ayam dan cendol. Nasi lemak tu kena tunggu setengah jam sebab baru nk masak. Nasi habis. Berbaloi juga tunggu sebab nasinya memang sedap. Sebenarnya nak makan lontong, tapi setakat kami mai Spore dah 3 kali ni, tak penah dapat rasa lontong kat sini, sebab datang lambat. Huhuhu. Lontong yg sy maksudkan ni ialah lontong dengan kuah masak lodeh.
Ni la lontong guys. |
Nasi sambal kelapa, ada sayur goreng, sambal sotong dan paru. |
Lepas makan, oleh kerana dah nak masuk waktu zohor, mulanya kami bercadang nak ke Masjid Haji Muhammad Salleh. Bila Lid Google, katanye masjid open kul 2.30. Curiously, bila lid tanye salah seorang pelanggan di situ, jawapnya, tak sempat kalau nak pergi solat Jumaat di sana. Jadi, dia suggest kami ke Masjid Khalid sj. Kami pun follow je cadangan dia tu. Kami terus melintas jalan dari Geylang Serai Market ke Joo Chiat Complex dan menapak 5 minit ke Masjid Khalid. Sampai je kami di masjid, terus berkumandang azan pertama.
Lepas temankan Lid and the boys sampai Masjid Khalid, kita n my doter patah balik ke Joo Chiat Complex.
Masjid Khalid |
Kaw. perumahan belakang Masjid Khalid. |
Petikan BeritaHarian.sg Jumaat 30 Jun 2023 |
Atok naik basikal dalam Joo Chiat Complex |
Di Joo Chiat Complex ni, ada banyak kedai fabrik langsir dan kain ela, juga kedai barang kemas. Masa kami datang ni, tak ramai pengunjung.
Lepas selesai solat Jumaat, kami terus naik bas di hadapan Haig Road Food Centre ke Haji Muhammad Salleh Mosque yang terletak di Palmer Rd. Tapi sebelum tu, kami terpaksa turun di UIC Building untuk topup EZ Link pass yang berbaki $1.80 saje lagi. Topup by cash/kad hanya boleh dilakukan di stesen mrt shj. Kalau ada EZ Link apps, boleh la topup thru apps. EZ Link kad ni something like TnG kad kat Msia. Selesai topup, kami decide utk menapak saja dalam 12 minit ke masjid. Kalau nak naik bas pun 1 stop sj lg and kena menapak juga. Kami melintasi Singapore Chinese Cultural Center, Marina Bay Fire Station dan construction site sebelum tiba di masjid.
Apa yang bagusnya, construction site di Spore ni ialah mereka menyediakan ruang pejalan kaki yang selamat. Jadi, Spore ni lokasi yg memang sangat mesra pejalan kaki.
Bila sampai di masjid, ada ramai juga pelawat. Pada waktu solat, masjid ini ditutup kepada pelawat. Masjid ni terletak di atas bukit. Tapi jalan yang kami lalui tadi bukan la laluan mendaki sangat. Alhamdulillah, tak la kepenatan.
Selesai solat, kami lepak2 kejap, minum teh tarik masala panas suam2 dan air sirap ros yang pihak masjid sediakan, sambil makan epok2 yang lid dapat dari Masjid Khalid. Lid berniat nak datang masjid ni sebab nak ziarah makam As-Sayyid Habib Muhammad bin Noh dan Habib Abdurrahman. Ada pelawat datang sini nak minta air penawar drpd penjaga masjid.
Selepas seketika, kami pun beransur dari masjid, nak naik bas ke Chinatown pula. Mulanya kami tunggu bas di bus stop.
Bila kami tahan bas, driver bas tanya kami nak p mana, kemudian dia suruh kami masuk dalam Shenton Way bus terminal, yang terletak di belakang bus stop tu and ambik bas di situ. Tak ramai orang pun.
Sampai Chinatown, jalan2 cuci mata sekejap.
Kemudian, kami terus jalan kaki ke bus stop, nak ke Sultan Mosque pula. Banyak berjalan sungguh hari ni.
Lif untuk ke ruang solat muslimah. |
Ruang solat muslimah. Selesa. |
Arab street. |
Kami sampai di masjid terus solat maghrib dan Isyak, jamak qasar. Selepas solat, kami luangkan masa sekejap sambil dengar lantunan Ratib Al-Attas. Muda-muda lagi ustaznya, suara pun sedap didengar.
Kemudian kami ke Kampung Glam cafe untuk dinner. Actually sekitar masjid ni banyak kedai makan yang korang boleh try. Kedai makanan turki la paling banyak sy rase.
Air katira 2dollar je. Harga minuman yg lain semua below than 2dollar. Kalau makan kat cafe ni, better order hot drink ataupun can drink sj. Makanan boleh tahan la.. Kami suke je makan kat sini. Lepas makan, kami jalan kaki saja balik hostel.
No comments:
Post a Comment