Privacy Policy

Monday, 10 July 2023

Cuti-cuti Singapore 2023 Day 2

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis 29 Jun 2023
Kami turun dari hostel jam 11pagi terus menapak ke Sultan Mosque. Luang masa sat, sambil tunggu lid solat tahiyatul masjid, sempat kita beli souvenir Turki dpn masjid. Dia offer sejadah turki 20dollar je. Tapi kita beli ayat kursi, nak gantung kat rumah.

Hari ni, intenet kat phone tak berape ok. Sangkut2 sikit. Tapi ok lah masih boleh tengok map kejap2.

Di Spore pun ada Penang Street macam di Penang.
Kemudian kami naik bas ke Anguilla mosque pula untuk solat zohor. Lepas solat, kami jalan kaki ke Tekka Centre. Kali ni kami explore Little India pula. Nak cari makan. Kat sini ada pasar basah juga. Banyak juga stall yang jual sayur2ran. 


Nak cari pintu masuk food court Tekka Centre ni kemain susah bg yang first timer macam kami ni la.


Ramai orang di food court, pelbagai bangsa sebab hari ni public holiday.  Nak cari tempat duduk pun susah. Dekat sini, banyak jual dum briyani je. Nasi campur memang tak jumpe. Jadi, kita try nasi briyani udang, ayam dan ikan. Setiap set ade sebiji telur rebus kecuali set ikan, maybe depa terlupa letak ke apa, taktau. Setiap set tu, nasinya banyak boleh makan 2 orang. Harga murah. Set ayam n ikan $6.50, set udang $7.


Lepas makan, kami ke kedai souvenir plk. Abg nak beli fridge magnets for his teachers. 5 keping $10 je. Then, kami naik bus 131 ke Merlion Park. After more than 10minit, baru terasa cam salah naik bas sebab tgh monitor google map, sy tanya the driver, then he said we rode the wrong direction. Kena turun, lintas jalan dan naik bas sebelah sana. Hahaha.. Gitu la.


Kami turun di OUE Bayfront, selepas Merlion Park. Kalau turun, sebelum Merlion Park pun bole. Kami lepak2 jap, ambik gambar. Merlion Park ni kami actually dah malas nak pusing. Haha.. Pergi buat syarat je. Kemudian, kami naik bas ke Bugis Street. 

Bugis Street paling kami suka sebab buah-buahan murah. Laici $4 je sekilo. Anggur satu bekas $2.50-$3, Cherry 500g $8. Avokado dan yellow dragon fruit pun ada. Beli then cari kerusi untuk lepak sambil makan buah. Sedapnya buah laici tu. Sejuk2. 


Kemudian ronda2 sat. Masuk kedai valuebuy ABC. Beli jajan. Murah2 semua. 


Kemudian beli cabin baggage baru dalam Bugis Street. Murah $45 je. Yang ni Spore brand, SevenWonders. Ni baggage ke2 beli di Singapore. 


Anak2 dah tak tahan dah letih. Kami naik bas pulang ke hostel. Kena menapak gak dalam 5minit.

End of Day 2.























No comments:

Post a Comment