Privacy Policy

Wednesday, 7 June 2023

Cuti-cuti Banda Acheh Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1 Jun 2023 Day 2

Waktu subuh di sini jam 5 pagi bersamaan 6 pagi waktu Malaysia. Jadi tak lah di luar kebiasaan sangat kan.

Jam 7 pagi kami turun dari hotel. Pada mulanya, saya ingat nak cari sarapan sendiri. Ada ja kedai kopi dekat dengan hotel, tapi segan nak singgah. Abg Jani wassap suruh bagitau kalau dah siap. Terus saya suruh dia ambil kami di Masjid Raya sebab kami tak tau nak sarapan di mana. Tak sampai 5 minit tunggu, dia dah sampai.. Tak tau la dia lepak di mana. Kalau ikutkan semlm dia kata nak jalan start jam 8 pagi.


Sunday, 4 June 2023

Cuti-cuti Banda Acheh Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Persediaan ke Banda Acheh.

1. Tiket flight telah ditempah more than 3 months prior to the departure. Terfikir nak ke Banda Acheh kerana ada flight direct from Png to Banda Acheh. Harga tiket Firefly taklah murah sangat. Affordable trip. Saya beli baggage 20kg*2. 

Ini provinsi ke2 kami ke Indonesia selepas Suarabaya 2017. Agak risau nak ke Indonesia slps Covid. Saya siap beli travel insurans yang ada covid coverage lagi. Booked tiket 5 hari 4 malam, tapi selepas beberapa minggu dapat notification dari Firefly, tiket retimed jadi 3 hari 2 malam. Memang bengang gak lah. Dah lama dah tak experienced tiket retimed ni. Mula2 ingat nak refund, tapi bila fikir balik, tak pelah. Redha je. 

2. Saya beli simcard Indonesia di Shopee. Pilih validy ikut jumlah hari berada di Indonesia. EasyGo Travel Sim

3. Sebulan sebelum, saya book hotel di Traveloka for the first time sbb harga di Booking.com dan Agoda terlebih mahal. Saya pilih hotel ini sebab depa ada bilik triple dan lokasinya dekat dengan Masjid Raya Baiturrahman. Selain itu, ia berdekatan dengan Pasar Acheh.

4. 20 Mei 2023, saya tukar duit di money changer. Saya tak tukar banyak sangat cash. Sekadar bajet cukup2 untuk trip 3 hari 2 malam kami. Hopefully MYR akan lebih baik pada masa akan datang. Saya juga activate debit kad sy untuk pengeluaran luar negara. 

5. Lagi 5 hari nak fly, baru terfikir nak cari supir. Mulanya saya ingat nak gamble je ambik grab ke, atau cari je supir kat airport. Tapi tak tau plk nanti nak bajet range harga. So saya google je cari pakej wisata Acheh, dapatlah contact 2 orang, compare harga. Alhamdulillah dapatlah supir yang boleh bawa kami, walaupun agak last minute cari. Bayaran boleh guna duit RM. Alhamdulillah, tak perlu g money changer tukar duit lagi.