Privacy Policy

Tuesday, 3 January 2023

Hatyai Day 4 Shopping lagi

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Khamis 29 Disember 2022

Pagi ni jam 11 kami berjalan ke Hatyai train station. Walaupun tak dapat naik tren Padang Besar to Hatyai, at least dapat tengok stesen pun oklah. Jalan kaki dalam 10minit juga. The train hotel tu betul2 depan stesen tren. Tapi kalau stay kat situ, pastu nak jalan kaki hari2 ke area Lee Garden tu letih juga. Better cari hotel yg dekat2 dgn area Lee Garden market. 
Lepas dah snap gambar, kami berjalan ke Kim Yong Market pula. Sy beli belacan Thai. Kemudian kami naik tuktuk ke kilang kacang katenya. Nama tempat ni Ranu Kohyo. Tempat ni macam Nora Plaza juga, tempat wajib bas2 persiaran singgah. Nak kata murah tu tak juga. Kita beli juga la jajan anak sikit2 sebab dah sampai situ. Ada jajan seaweed tu murah beli kat sini. Kacang dalam tin yg warna merah, hijau, oren tu pun murah juga. 

Kemudian kami jalan kaki ke Kaitod Decha Supasarnsang Rd. Kami order nasi khamuk saje kali ni dengan green tea and teh ais. Masa nak bayar, depa kira nasi tu TB60 plk, sy tanya la die, bukan 55Baht ke, dan2 tukaq kira lain. Korang tengok betul2 depa kira. Harga ada kat menu. Sy memang particular bab bayar2 ni. Sy akan kira siap2 berapa amount sy perlu bayar, sebelum ke cashier.

Lepas makan, kami naik tuktuk utk ke Kim Yong Market semula. Sy nak memborong kekacang pula. Bagi sy, kalau nak beli kacang2 ni better g beli kat Kim Yong Market je. 

Kemudian kami jalan kaki je balik ke hostel. Sy singgah pula tukar duit di money changer dekat Lee Garden. Money changer kat Hatyai ni hanya terima not RM50/RM100 shj.

Kul6 ptg kami ke Asean night market sekali lagi. Makan-makan lagi. Kemudian shopping lagi. 
Ada org jual green tea/ teh ais bekas besar (yg harga 5ringgit kat pasar malam tu kan), 20Baht je.. Ada bubur nasi sedap, portion besar 30Baht je. Memang berbaloi makan kat sini.
Nasi goreng2 kat sini 60Baht je. Sedap. 

Sebelum balik, kami singgah 7eleven tak jauh dr Asean night market utk cucuk duit lagi kat atm. Haha.. Siang td dah tukar duit kat money changer, tp tak cukup. Kemudian, kami order tuktuk tak sampai2. Kami tahan je tuktuk yg lalu. Minta driver hantar ke hostel kami, die xtau. Jadi die drop kami di Lee Garden Night Market. Dapatlah Lid n anak2 jalan2 tengok haiwan pameran. Kalau nak sentuh2 je percuma. Kalau nak pegang n snap gambar ada bayaran dikenakan. 

Malam ni Hamid restoren tutup, tak dapat nak minta ais. 

No comments:

Post a Comment