Privacy Policy

Saturday, 31 December 2022

Hatyai Day 2 Shopping

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selasa 27 Disember 2022

Kami turun hostel jam 10pagi (T). Tempat yang dituju ialah Kim Yong Market. Walking distance je ngan hostel. Mula2 kami lalu bahagian pasar basah. Jalan sampai hujung dulu then patah balik baru beli apa2 yang berkenan di hati. Sy beli lada hitam, gula kabung, serbuk lada putih, ikan tenggiri masin, ikan pari kering.

Kemudian kami masuk ke bahagian dalam Kim Yong Market, pintu sebelah 7E tu. Dalam tu suasananya macam kat Pasar Payang di Kuala Terengganu. Banyak kekacang seperti gajus, pistachio, badam dan kerepek2 buah semua ada. Harga lagi murah daripada yang jual kat luar. Kacang2 gajus tu ada gred2 dia tau.

Jam 12 tengahari kami keluar daripada Kim Yong Market. Kami nak lunch di Kaitod Decha lagi tapi kali ni di cawangan Chee Uthit Rd. Kami berjalan kaki shj. On the way to the restaurant, sy try beberapa atm machine sebab nak keluarkan duit lagi. First sy try Atm Bangkok Bank. Mesin tu bagitau cas pengeluaran TB50. Kad kami CIMB. Tapi transaction tak berjaya-cannot be processed right now. Kemudian sy try lagi 3 atm machine, tapi semuanya cas TB220 utk transaksi pengeluaran.

Kami sampai di restoran jam 12.50. Kat cawangan sini memang ramai sgt pelanggan. Jadi kami terpaksa order dulu dan tunggu meja kosong. Kami tunggu meja 20minit tau. Pastu makanan sampai kul 1.25. Kami order nasi khamuk, nasi putih, ayam black pepper, telur dadar,paprik udang, daging patkrapaw. Ayam black paper nye pedas tak hingat. Mungkin black paper Thailand memang pedas kot. 

Sy suggest better kalau korang drive sendiri masuk Hatyai, n nak makan kat Kaitod Decha, pergi kat Supasarnrangsan Rd branch. Tak crowded, tenang, ayam gorengnye pun lagi sedap tau. Lepas makan, kami terus jalan kaki balik hostel. Rehat sat.

Jam 5.15ptg, kami jalan kaki ke Diana Shopping Complex. Opposite to Diana, jumpa kedai Easy. Kedai kecik je, barang2 dia macam kedai eco, harga campur2 tapi murah2 la. Tak lama kemudian, kami pun lintas jalan, masuk Diana complex. Konsep dia sama ja macam shopping complex kat Malaysia. Macam The Store/Sunshine Square. Sempat la juga shopping kasut anak and baju.

Keluar dari Diana complex jam 7.50mlm. Kami jalan kaki ke warung tepi jalan Nas & Neem Offal Soup, tak jauh dari Diana complex. Warung ni serve noodle, nasi putih, telur dadar juga sup daging dan bahagian dalaman lembu sahaja. Air plk ada air kosong saje. Free of charge. 

Kami order nasi putih, telur dadar n sup special. Tak tau apa yang special nya tu. Kami ingat sup special tu mangkuk besar. Rupa2nya, sup special tu refering to sup organ2 dalaman lembu plus lemak. Daging almost tiada. Dalam sup tu juga ada tauge. Sup dia sedap, walaupun tak sesedap sup daging kat Hamid restoran. Kami tambah lagi order nasi, telur dadar and sup. Cuma kali kedua ni sy order sup with beef only. Sedapnya lahai sup panas2 gitu.

Lepas makan, kami balik jalan kaki je ke hostel. Sampai lobi hostel, sy, adik n anak perempuan tak terus naik. Lid jaga anak2 lelaki. Kami yg perempuan g sambung ronda kat Lee Garden market pulak. Malam ni tak sesesak malam semalam. But still happening. Shopping seluar tracksuit anak plk. Harga memang murah daripada kat pasar malam di Penang. Kemudian lepak makan ice cream kelapa dekat tangga depan McDonald tu. 

Sebelum balik, kami ke 7E terdekat untuk beli roti. Korang kalau nak beli barang makan kat 7E tu, careful sikit. Roti putih pun ada yang tiada logo halal. Tambah lagi, depa letak yang halal and nonhalal products tu sebelah2 ja. Orang duk memviralkan burger brand CP kat 7E tu. Tapikan CP tu ada produce nonhalal product juga. Tepuk dada, tanya selera. 

Kemudian kami singgah Hamid restoran nak beli ais. Malam ni diorg bagi free je aisnya. 

No comments:

Post a Comment