Privacy Policy

Saturday, 31 December 2022

Hatyai Day 2 Shopping

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selasa 27 Disember 2022

Kami turun hostel jam 10pagi (T). Tempat yang dituju ialah Kim Yong Market. Walking distance je ngan hostel. Mula2 kami lalu bahagian pasar basah. Jalan sampai hujung dulu then patah balik baru beli apa2 yang berkenan di hati. Sy beli lada hitam, gula kabung, serbuk lada putih, ikan tenggiri masin, ikan pari kering.

Cuti-cuti Hatyai Day 1

بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Isnin 26 Disember 2022

Alhamdulillah, hari yg dirancang tiba juga. Seawal jam 4.30pagi kami keluar dari rumah menuju ke stesen KTM Tasek Gelugor. Tiba di sana jam 5pagi. Hahaha. Tetibe jadi morning person kalau bab travel2 ni. Nak parking kat stesen KTM, pastikan ada kad touch n go ye. Pastikan juga baki cukup ye. Kad touch n go sy, baki kurang. Jadi sy bawa sekali untuk topup di mana2 nanti.  Alhamdulillah, ruang parking  banyak kosong. Kami beli tiket tren komuter dewasa RM10.40 dan kanak2 RM5. 20. Kanak2 dikira dr umur 4-12 tahun.

Kami menaiki tren yang pertama jam 5.43pagi. Perjalanan memakan masa 1 jam 30minit. Suhu dalam tren amatlah sejuk. Dari stesen Tasek Gelugor, tren akan melalui 8 stesen lagi sehingga sampai ke Stesen KTM Pdg Besar. Kami tiba di Pdg Besar jam 7.15pagi. Kami mengambil masa sedikit membuat lawatan ke tandas.

Solat hormat waktu
Kalau ada tertanya, hangpa tak solat subuh ka? Kami solat hormat waktu ja dalam tren. Solat hormat waktu hukumnya harus kerana menghormati masuknya waktu solat. Solat hormat waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada debu tanah untuk bertayamum) dan solat yang tidak menghadap qiblat. Contohnya solat dalam tren ataupun pesawat, bila kita tak boleh nak menghadap qiblat. Sedangkan syarat sah solat antaranya ialah wajib wuduk dan menghadap qiblat. Bila dah dapat berwuduk dan boleh menghadap qiblat, wajib ulang semula solat fardu tersebut jika masih dalam waktu solat, atau qada' jika telah habis waktu. Dengar sini ye, semoga lebih faham. Sembahyang hormat waktu


Persediaan untuk bercuti ke Hatyai, Thailand 2022

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah.. Sebagai penutup tahun 2022, dengan izin Allah, kami dapat meneroka bandar Hatyai, selatan Thailand. Sebenarnya, sy belum pernah ke mana2 tempat di negara Thailand ni. Lid ajak jalan2 Hatyai sebab kawan Lid pencetusnya, duk racun cm Hatyai ni best lain macam. Kami pun try cari info tentang Hatyai and started planning. Mula2 ingat nak drive ke Bukit Kayu Hitam, masuk ikut Danok. Tapi cam leceh je nak drive. So decide nk naik tren, masuk melalui Padang Besar pulak. Lagipun kami pergi berlapan, padat kalau naik kereta. 
Sumber Google 2 Dec 22