Privacy Policy

Thursday, 8 September 2022

Turkish ring in Singapore Day 2

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sabtu 3 September 2022
Kami turun minum pagi kul 8.40. Minum milo kat pantri je.. Sedap la roti pisang walnut yang kita beli kat 7E semalam.
Stadium Jalan Besar kat blkg hostel je.
 
Anak² Indonesia ada yg tengah sibuk nak mandi kat depan toilet. Ada yg berkumpul main snooker. 


Lepas minum, lepak² dulu kemas² barang. Jam 11pagi kami keluar dan menuju ke Mustafa Center, 300m walking distance. 

Kami beli minuman, pencuci muka n hair krim. Kat sini plastic free je. Kemudian kami ke B1 bhgn jewellery. My aim is nak beli cincin. 😚
Rambang mata aiiihhh nak pilih. Dah la kena pilih cepat². Anak² bukan boleh tunggu lama²..Satg masing2 perangai. 

Rate kat screen tv tu $76.40/gram. Tapi dlm resit $81.5+/gram plus upah lagi. Kat sini xde tawar menawar. Fixed price. Design pun cantik. Dapatlah sebentuk Turkish ring. No, tak plan pape k pasal Turkiye ke hape. Pilih². Berkenan yg tu, terus bayar. Bila dapat resit, tertulis Turkish ring. Hahaha. 

Bukan la rupe macam cincin Hurrem Sultan tu. It's just nice. Pastu pilih² pula anting² utk anak dara sorang tu. Jadilah. Beli barang kecik² je. Sebelum bayar, kena tunjuk passport ye. Sebab nanti kena isi borang untuk claim GST. Kalau xnak claim xpe je. 

Turun B2 untuk ke kaunter claim GST. Beratur panjang juga. Kena tunjuk passport n Singapore Arrival Card(white card yg register online tu). Diorg rekodkan saja. Claimnya masa nak balik nanti di GST refund counter kat airport. Selepas pemeriksaan Imigresen.

Level B2 ni ada barangan electronic, toys n macam² lagi. Banyak drama la ngan anak² yg nak macam² sangat ni. 

Mustafa Center ni banyak pintu keluar masuk. Kami keluar dekat pintu yg ada Mustafa Center cafe, Syed Alwi Rd. Kat tepi side walk je cafe nya. Jual makanan ringan. Ada juga nasi beriyani n nasi lemak. Tapi kami tak makan kat situ. 

Kami jalan menuju ke Serangoon Rd dan terjumpa Angullia Mosque. Masa tu pun dah 1.40 tghari, jadi kami terus singgah untuk solat. Masjid ni pun best. Ade lif. Muslimah level 2. Masjid tak besar sangat tapi sangat² selesa.

Kerusi untuk jemaah yang solat duduk

Solat stool. Google je camne nak guna.

Lepas solat kita turun GF, semua dah tunggu nak makan nasi lemak kat masjid. Ada satu ruangan, pihak masjid letak nasi lemak n karipap. Harga nasi lemak $2.50, karipap $2. Boleh makan n bayarannya masukkan dalam tabung yg disediakan.

Air tin dalam vending mesin $1-$1.10. Murah². Milo n nescafe tin pun $1.10 je.

Nasi banyak. Memang kenyang la makan.

Ketik foto dari atas bas.

Selepas makan, kami menapak ke bus stop untuk ke Masjid Hajah Fatimah. Dari Little India, kami ke Blok 8. Blok 8 ni kawasan perumahan macam apartment.. Bawah apartment ada banyak kedai. Sampai Blok 8, kami menapak sikit baru sampai masjid Hajah Fatimah. Kami ke sini untuk ziarah masjid. Pernah tengok cerita tentang masjid ni di Discovery channel. 


Semoga Allah merahmatinya.

Memasuki perkarangan masjid, jemaah disambut dengan tempat bakar bukhor, besar amat. 

Dalam kawasan masjid, ada makam Syed Alwi dan Syed2 yang lain. Keluarga Ba Alawi dari Al Sagoff.  

Di hadapan masjid ni ada taman-Kampong Glam Park. Boleh duduk² ambik angin. 

Kalau nak datang sini, boleh juga Google City Gate Beach Rd. Nanti boleh turun bas stop depan taman ni. Terus sampai depan masjid. Tak perlu menapak. 

Sebelah masjid ada astaka. Boleh la makan n minum. Kami duduk² sat kat situ. Makan mee rebus sepinggan $4. Kemudian baru kami decide untuk ke Chinatown. 

Kami naik bas dr City Gate n tukar bas di Aft Kallang untuk ke Mrt Bendemeer untuk ke Chinatown. Tapi bila sampai Chinatown Point, kami decide nak ke Bugis Street plk. Jadi menapak plk ke seberang jalan untuk naik bas ke Bugis Street. Memang banyak berjalan. Hahaha.
Dia nak tunjuk pass bas dia.

Kami sampai di Bugis Street dalam 6.20ptg. Best jugak kat sini. Orang kata sini tourist attraction la. Kot bole beli souvenir murah². Kami first time datang sini.. Kami jalan sampai belakang. Jumpe orang jual buah. Murah². Mata kucing besar $3/kg je. Kami duduk makan mata kucing sampai habis depan Albert Center. 

Kat sini ada toilet 10¢ je per entry. Tapi toler ke gayung ke memang takde. Sib baik ada sinki untuk basuh tangan. Boleh la tadah air dalam botol buat istinjak. 

Lid kata ada sorang aunty marah Nafees pukul adik dia, masa kita g toilet. Pastu aunty tu bagi $10 buat beli buah. Dia tanye Lid, datang dr mana. Lid kate Penang. Dia kate Penang murah, Spore mahal. Meraikan dia, Lid pun suruh kita beli buah lagi. Limau mandarin $3/kg, anggur seedless $2.50/500g n kiwi 3 biji $5. 

Sempat la kita beli beg Spore kat Bugis Street. Comel & murah. Kemudian kami naik bas nak ke Malabar Mosque. 

Sampai Malabar Mosque, tengok² closed for renovations. Jadi kami terus jalan kaki ke Sultan mosque. Puas menapak hari ni.

Selepas solat qasar jamak Maghreb & Isyak, kami menjamu selera sekali lagi di Kampung Glam Cafe. Total $44.10. 



Selepas makan terus la beransur, menyusuri Bussorah Street ke Beach Rd, kemudian kami naik bas no.67 untuk pulang ke hostel. Kami tibe di hostel jam 10 malam.

















No comments:

Post a Comment