Privacy Policy

Monday, 12 September 2022

Singapore with love Day 3

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahad 4 September 2022
Hari ni keluar lambat sikit. Jam 12.50 kami tiba di Pasar Geylang Serai. 

Setelah naik turun 3 bas..hahaha.. patutnye naik satu bas je..tapi sebab malas nak menapak..kami tukar² bas. Tak risau kalau guna tourist pass tu, unlimited ride per day.
Kat bus stop depan MRT Little India.

Dekat ngan MRT Little India ni, ada Tekka Center. Besar. Memang ramai orang India, Bangla pun ada. Tekka Center ni satu jalan ngan Angullia Mosque yang kami p semalam. 

Tiba di pasar Geylang Serai, di tingkat bawah, kita beli 8 ketul pisang goreng $4.  Pastu beli putu piring sepeket $2.50. Bayar guna mesin. Comel je putu piringnya. Macam2 flavour ada.

Depan pasar, ada burung kakak tua..boleh bermain n bergambar ngan burung. Free je. 

Kami naik atas untuk isi perut. Ramai orang. Mungkin sebab hari ni Ahad. Meja penuh. Kita nak makan lontong. Ada banyak kedai jual lontong tapi semua dah habis. Harga lontong dalam $4.50-$5. Ada gak yang jual lontong kering, harga $7. Tapi kita tak try plk. Kami beli nasi ayam penyet, nasi ayam, sup kambing Iqbal + roti n nasi & cendol. Cendol memang sedap giler. Beratur orang nak beli cendol. Actually gerai lain pun semua kena beratur. Haha..self service. Kat sini harga ok, affordable. 

Lepas makan, kami lepak kat Wisma Geylang Serai, bersebelahan je ngan pasar. Kat luar hujan renyai2.

Kami duduk depan pentas bersama² pengunjung lain, tengok movie Godzilla di screen besar. Ada free WiFi. Bagus la..pentas kosong tak buat ape, pasang movie.. Orang bole duk lepak tengok movie sementara tunggu hujan berhenti. Ada gak faedah. Kawasan terbuka. 

Kat tingkat atas ada reading room (kena register dulu baru bole masuk) n kelas tarian.

Jam 3.20 kami menapak ke Masjid Darul Aman. 20minit berjalan baru sampai. Masjid ni pun best. Ada ramai jemaah. Mungkin ada aktiviti masjid . Lid siap dapat nasi bungkus free lg.


Tempat untuk jemaah yang solat duduk. Jadi tak bercampur ngan jemaah yg solat berdiri.


Beduk

Jam 4.30 petang, kami meninggalkan masjid untuk ke Merlion Park. 

Ni rasanya foreigners yang lepak2 berkelah tepi Geylang River on Sunday.
Foto diketik dari atas bas.

Mula² kami naik bas sampai Mrt Bugis. Kemudian kami naik Mrt ke Raffles Place. Kami menapak lagi sampai ke Merlion Park. 

Kita rasa paling senang kalau nak ke Merlion Park by bus, is naik bas from Serangoon Rd dekat Angullia Mosque ke Fullerton Rd. Kalau guna mrt memang akan menapak juga.

Sampai Merlion Park 5.50 petang. Masa ni semua dah letih menapak. Kami lepak jap setempat. Ambik gambar lebih kurang. Pastu 6.30 kami pun beransur. 


Dari Merlion Park, kena seberang jalan untuk kami naik bas 131 ke Angullia Mosque. Kami sampai masjid tepat masa azan Maghreb berkumandang. Ummat Islam yg bukan Singaporean amat² la ramai. Sampai siak masjid terpaksa nak kawal depa daripada masuk ruang solat utama. Depa terpaksa solat kat luar.
Tempat solat kat luar. Ada screen projector, jadi jemaah boleh tau pergerakan imam.

Tempat solat muslimah masih bole masuk. Tapi ruang solat dah dikecilkan sebab jemaah lelaki terlampau ramai. Siak masjid bagitau lid, bila hari Ahad, Bangladeshi cuti ataupun hari depa gaji, masjid ni memang akan pack sikit. 

Solat jemaah maghrib di ulang 2 kali. Ramainya komuniti Bangla kat sini. Lepas solat, terus depa keluar. Kalau solat Jumaat pula, khutbah sekali, tapi solat Jumaat akan ulang sampai 3, 4 kali jemaah, sebab terlampau ramai.
"Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi;carilah kurnia Allah
 dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung", Al-Jumu'ah(10).

Usai solat, kami makan lagi nasi lemak kat masjid. Kami makan juga nasi yang lid dapat dari Masjid Darul Aman petang tadi. Alhamdulillah, rezeki kami malam ni.

Nasi lauk paru goreng, sambal kelapa, bergedil & sayur goreng tauhu+tempe. Cam lauk orang Jawa.

Lepas makan, kami jalan² sat tengok kedai Bangla sebelah masjid. Dalam foto kat atas tu, kedai yang sebelah kanan atas. Kita duk ingat depa jual selimut apa duk gantung2, punya berderet banyak kedai yg jual. Rupanya cadar katil. Lain sikit feshen nya. Next time la plk kita beli. Hahaha.

Pastu kami singgah kedai emas kat luar Mustafa Center. Tengok2 plk lagi. Kemudian terus menapak sampai hostel..Awal kami balik malam ni. 9.20 dah sampai hostel. Cukup 10k steps hari ni.




No comments:

Post a Comment