Privacy Policy

Monday, 12 September 2022

Eating McDonald in Singapore Day 4

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Isnin 5 September 2022

Pagi ni kami turun jam 11pagi, niat nk mendobi sikit. Kami jalan kaki ke nearest laundromat. Wash 14kg $7. Dryer $3. Actually ade washer $5 tapi occupied. Sebab tak dak duit kecik, kita pun beli la roti.

Sementara tunggu dobi siap, kami brunch kat Mr K Prata. 

Kami dah biasa ngan area Lavender ni sebab 2019 dulu pun kami stay kat hostel area ni juga. Kedai mamak yang sama dulu kami penah makan. Harga murah je. Egg prata $1.80 je, telur dadar $2.50 siap ada bawang, telur mata 70sen, nasi goreng $5 je, punya lah banyak nasi goreng sepinggan, sedap plk tu. Nasi putih $1.50, pun banyak gile nasi dia buh. 

Lepas sejam, dobi pun siap. Dryer tu dia kire $1- 6 minutes, kita masukkan $3 jadi 18 minutes pastu dia plus 2 minutes untuk cooling. Takde la buka2 je dryer tu, rasa panas sangat baju tu. Kalau nak cepat, tak nak cooling, lepas 18minit tu boleh je tekan stop. Dah lipat semua, kami pun menapak ke MRT Lavender sebab nak renew Singapore Tourist pass sehari lagi. $10 each pass. Kemudian kami naik bas balik hostel jap hantar baju and turun semula untuk ke Chinatown Street. Kami naik bas no.147. 

Kami ke Masjid Jami' Chulia untuk solat qasar jamak. Kemudian jalan2 sekitar Chinatown Street pulak. Semua jalan2 ni tempat nak ngabiskan duit je. Hahaha. Tapi tu lah..seronok jalan2 tengok barang kat sini. Lagi la ngan budak2 ni, macam2 depa mau. Dari Chinatown, kami naik MRT ke Bugis pulak. 

Kami sampai Bugis jam 5 petang. Pastu masing2 nampak McDonald, dan2 lapaq. Sebenarnya tak plan pun nak makan fast food kat Spore. Kita pun tengok dulu harga dia, affordable. Sama ja ngan harga makan nasi beriyani, kami pun masuk. Order kat mesin, sama cam di Malaysia. Tapi boleh pilih, sama ada nak ambik sendiri kat kaunter atau nak depa hantar kat meja. Kalau nak depa hanta, kena key in no. meja je. 


My personal review
Harga McD kat Spore memang murah. Contoh 1 set $5.80 je. Dengan nilai yang sama korang boleh p makan chiken beriyani kat kedai mamak kat Lavender. Kalau kat Malaysia, nasi campur RM6, tapi korang takkan dapat set burger McD+fries+drink harga RM6.

Kami makan nasi goreng2 kat Kampung Glam Cafe around $44, makan McD 1 family $48.90. Harga lebih kurang je kan. Korang jangan la convert ke RM. Sekarang ni kita banding in $.

Kat Langkawi kami makan nasi campur je dah RM50, kalau kami makan McD 1 family kurang2 pun RM120 tau. 

Rasa burger dia bagi kami sedap lagi di Spore. Korang kena try. Memang puas hati. Depa ada curry sauce la. Suka budak2 ni ngan curry sauce. Nugget 20 ketul $12.70 je, sos boleh pilih 4. Kalau kat Malaysia, 20 ketul dalam RM16, sos boleh pilih 3. Sekarang kita cuma bandingkan by number, not by currency. Kalau convert, tak fair, ok.

Lepas makan, kami jalan2 Bugis Street lagi. Beli buah, baju, beg. Huhuhu..Esok nak balik dah. Kemudian, kami naik bas ke Angullia Mosque untuk solat maghrib dan Isyak. 

Malam ni kami tak makan di masjid, sebab masih kenyang McD. Lepas solat, kami singgah kedai emas Malabar pula..Sini harga per gram murah la dalam $5 drpd Mustafa Center, n boleh discount la sikit. So next time kita datang nak beli barang kemas, boleh try beli kat kedai2 emas luar Mustafa Center.

Kita singgah sat Mustafa Center nak beli air kelapa dalam tin. Hahaha. kat Malaysia tak jumpa hat ni. Kemudian kami terus menapak ke hostel. 

Kat hostel, anak2 sambung main game lagi, n makan stok maggi yang kami bawa. Takat 4 bungkus je pun. Saje buat bekal.

 

No comments:

Post a Comment