Privacy Policy

Wednesday, 20 July 2022

Raya (terkejut) 2022

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selepas 2 tahun PKP, PKPB, PKPD, PKPP ntah ape lagi.. Alhamdulillah akhirnya raya tahun ni (2022) dapatlah kami balik beraya di kampung. Tapi malangnya, lid tak dapat cuti raya. Kena turn shif dia hari raya tu. Jadinya kita n anak2 sj la yang balik raya di Selangor. 

Seperti tahun lepas juga, tahun ni kami berbuka puasa dan terawih di masjid. Seingat kita, mungkin ada 3 kali shj Ramadhan tahun ni yang kami berbuka di rumah. Qiamullail yang awal2 tu kami ada la pergi 2 kali sj sbb tahun ni start bulan April 2022, sekolah menengah dah start face-to-face. Jadi kena hantar abang g sekolah awal, jadinya tak boleh nak sahur dan solat subuh di masjid. 

Nak jadi cerita, sebab lid tak dapat cuti raya, kita pun terpaksalah drive sensorg bawa balik anak2 untuk beraya di Sgor. 

30 April 2022
Selepas solat tarawih, kami balik rumah siap2, masukkan barang dalam kereta, kami pun bertolak dari Penang ke Sgor pada jam 11.40malam. Baby duduk dalam car seat kat depan, anak2 yang lain semua di belakang. Mula2 baby ni buat perangai la jugak. Tapi sebab abg die kate kalau die tak mau duk elok2 kat depan, abg die nak tarik dia duk belakang. Lama2 die tidur juga. Kita mula2 tu rasa tak yakin juga la nak drive sensorg, tapi memikirkan dah 2 tahun raya Penang, so memang kuatkn tekad la kan nak balik raya Sgor. Kalau raya di Penang pun, suami kerja. Bukan boleh p raya ngan die pun.

Pemanduan arah ke selatan lancar, sebab ramai orang nak balik ke utara. Kita ni lawan arus. Sampai dekat area Tapah, kita dah tak tahan kantuk. Tapi sebab awal lagi nak sahur, masa tu dalam kul 2 lebih, jadi kita gagahkan juga drive sampai RnR Ulu Bernam. Kami sampai di Ulu Bernam jam 3pagi.

Berhenti sahur, makan nasi kuah gulai bawal yang baki lepas berbuka kat masjid tadi. Kat masjid kadang2 masa buka, kami makan bubur lambuk, mee ke kuih-muih, tak makan nasi. Jadi, nasi tu bawa balik untuk sahur plk. Kami berhenti untuk sahur selama 1 jam. Sempat la budak2 ni main kat playground sebelum kami meneruskan perjalanan. Sampai di kampung jam 5.25pagi, kami sempat lagi minum air sebelum masuk imsak.

1 May 2022
Sempat la berpuasa sehari di kampung. Sempat juga ronda2 cuci mata di GM Klang. Malam tu lepas berbuka puasa, konon nya nak bersiap2 g terawih di masjid. Tiber2 berita yang menggemparkan satu Malaysia. Terkejut, esok raya. Hahahaha. takdak terawih dah lahai. Ngan bahan masak untuk raya semua tak beli lagi. Kami ni pula bawa balik baju raya untuk raya pertama ja..Dan tak dan, kita pun keluar la ngan adik  g tesco nak beli barang masak.

Adik sempat la juga beli tudung raya. Kaya la mat Bangla tu buka kedai baju malam raya, laku keras. Pekerja butik pun tak tau kata esok raya. Ayam2 frozen kat Tesco tu laku keras. Kami tak beli ayam, daging sebab adik yang lain dah sponsor ayam 3 ekor.

Balik je rumah, terus kami berdua bersilat kat dapur. Mana nak rebus nasi impit. Mana nak bakar brownies. Mana nak merendang ayam, Mana nak ayam masak merah. Sampai dekat kul 4 pagi.

Pagi tu bangun, kita masak nasi tomato. Adik yang sponsor ayam tu datang beraya kul 10pagi. Kami kat rumah tak siap berbaju raya lagi. Rupe-rupanye, depa pun tak masak apa kat rumah, sebab sibuk menyiapkan cat rumah di malam raya. Punyalah kalut esok raya. Hahahaha. Lepas dah makan, bergambar raya, bersalam-salaman, bagi duit raya, dapat duit raya, kami pun keluar untuk beraya rumah sedara-mara. Raya kat Selangor memang best sebab ramai sedara mara. Dari pagi sampai ke malam beraya. 

2 May 2022

Bangun pagi, terkejut bila bapak saya bagitau Abdullah (anak no 4) berdarah kat muka. Dah tau ke? Eh tak tau pun. Hahahaha. Punya la tough budak ni. Kepala luka berdarah meleleh2 pun dia boleh selamba je tido. Sampai kering darah kat dahi. Kalut la kita nak mencari klinik yang buka hari raya ni. Sejam meronda2 Jalan Kebun, Jalan Kota Kemuning.. Semua klinik yang Google kate open tu kita p. Tapi TUTUP. Even Klinik 24jam pun tutup. Masing2 nak beraya. Last sekali kita jumpe satu klinik saja yang buka. Alhamdulillah. Doktor tanya macam2 la, macam kita yang mencederakan anak kita plk. 

Sebenarnya budak ni mengigau tengah malam. Sebelum tidur tu, die main kejar2 ngan abang dia(anak no 3). Tengah malam, tak tau kul berapa, die mengigau, berlari ke bilik adik kita, cari ummi. Die berlari dalam gelap tu tak pasti dia terlanggar bucu meja ke almari kasut ka, sampai luka panjang jugak la. Lastly, doctor gam kan luka dan bubuh plaster. Die tak menangis sikit pun. Diam je. Kul 12 lebih baru kita sampai rumah. Lepas zohor kami keluar beraya lagi.

3 May 2022

Hari ni kami nak ke Cameron Highland. Actually, bapak saya dan adik beradik yang lain nak sambung beraya ke Terengganu. Kita tak ikut ke Terengganu kerana memikirkan jauhnya nanti nak drive Sgor-Tganu-Penang. Jadinya sebab nak menghabiskan masa, kami singgah la Cameron Highland dulu 1 malam sj. Kami keluar dari kampung dalam 12 tghari. Actually, kita plan nak g Cameron ni since lid tak diluluskan untuk cuti raya. Kami pun tak nak balik awal sgt ke Penang, n juga nak merasa suasana raya di Cameron. Hahaha.. Booking hostel, awal tak awal la..Sebab risau gak nak bawa anak2 tempat tak biasa pergi ni. Dulu2 pernah pergi masa anak2 kecik 2 orang baru. Tu pun rombongan tempat kerja, n lid pun tak join sebab die kerja masa tu. Ni la nasib kalau suami kerja shif, cuti tak sama. Carian di blogs ade la jumpe 1 blog tulis pasal raya di Cameron Highland, tapi yg kelakarnya, pada hujung tulisan tu, blogger tu kata dia sendiri tiada pengalaman beraya di Cameron Highland..My expectation is jalan xjem, pengunjung pun supposed tak crowded la kan, sbb hari raya..

Dari Sgor jalan agak jem bila menghampiri Tapah. Tapah ni memang kawasan hot la. Padahal bukan ada apa2 pun atas jalan, bila menghampiri Tapah je, samada dari Utara mahupun dari Selatan, jarang la jalan ni tak jem. Sampai kan Google map bagi jalan alternatif nak elak jem ni. Kalau ikutkan dari kampung nak ke Cameron, 3 jam setengah sj ikut Google map. Lastnya kami sampai di Cameron Valley Bharat Tea jam 4.30ptg. Lewat 1 jam. Alhamdulillah sampai juga. Jalan nak naik atas, dari simpang Tapah ke Cameron, tak jem, tak banyak kereta. Tapi anak2 kat seat belakang dah kata tak mau datang Cameron dah. Hahahaha.. sampai pun belum lagi. 

Dekat Cameron Valley, kita beli tiket tram, nak jalan2 kat bawah. Malas nak menapak celah2 ladang teh tu. Harga tram rm51 untuk kami 2 dewasa, 3 kanak². Kat bawah tu ada anak sungai. Kami cuma bergambar, jalan² tengok daun teh. Pastu beli sebekas scones rm17. Ade 6 ketul. Teh tak beli pun. After lebih sejam kami pun bla dari situ. Kita pun sambung drive sampai hostel. Kita book hostel di Tanah Rata. 

Kenapa kita pilih hostel? hahaha.. Sebab takut tersalah book chalet/hotel yang creepy, scary mery. Kan dah lama tak boleh bercuti, jadinye hotel or chalet ni dah lama kosong. Kalau pergi ngan lid, tak pe lagi nak cari hotel/chalet. Ini kita sorang ja dewasa, ngan anak2. Kang kalau ape2 nanti takut plk. Hahaha. Kat hostel tak pe sebab ramai orang. Tu pun cari hostel yang tengah2 alam. Takut terkena yang dekat ceruk2, tak ramai orang. Siap Google location semua untuk memastikan hostel tu bukan terkedalam, jauh dari orang. 

Alhamdulillah, hostel kami dekat barisan shoplot, bilik hostel memang cun, private bathroom. Cuma nak g tau, biasanya hostel tak sediakan towel. So, kalau korg pilih nak stay kat hostel, kena bawa towel dari rumah. Sebab malam tu ada family yang late check in, die tercari2 towel. Reception dah close mase tu. Kita plk kat dapur, tengah masak air nak buat maggi cup. Jadi kita bgtau la kat diorg, memang hostel ni tak sediakan towel. Setakat kami pernah stay kat 2 hostel ni, yg pertama kat Spore, mmg towel tak disediakan. Maybe hostel lain ada sediakan.
 
Lepas simpan beg dan solat, kami pun turun semula nak cari makan. Jalan2 sikit sekitar hostel, jumpe beberapa kedai makan yang buka. Bagi kita, pricy sikit. Kedai2 yang kami jumpe jual set nasi putih + ikan 3 rasa + sup/tomyam gitu. Tapi tak jual yang goreng2 tu. Banyak tak buka lagi sebab baru Raya ke 3 kan. Kami jalan lagi, tengok2 tempat. Lastly kami ternampak orang duk beratur kat satu gerai ni. Jadi kami pun singgah makan kat situ. Ada nasi lemak, ayam goreng berempah dan roti canai. Menurut akak Indo, pekerja warung tu, depa sebenarnya buka waktu pagi, jual sarapan. Petang/malam tu is first time baru diorg nak buka warung untuk jualan sbb dah lama tutup sebulan puasa. Jadi memang diorg kalut nak atur barang masak, tapi punya la ramai orang duk queue nak beli nasi lemak. Suasana tak sejuk sgt, nyaman gitew. 19 degree je. Sambil tunggu nasi lemak sampai di meja, anak (kakak n yg no 3) pergi beli strawberi depan kedai kat area Tanah Rata tu yg kami nampak masa tgh cari tempat makan tadi. Tak jauh pun dari warung nasi lemak. Sebekas strawberi RM20. Siap dpt free sebekas yg kecik sikit. Ni la strawberi paling murah+banyak yg kami jumpe. Strawberi ni habis malam tu jugak. Punye la depa suka makan. Kami siap tapau roti canai sekali. Takut lapar tgh malam. Lepas makan, kami jalan sat kat deretan kedai2 di Tanah Rata tu. Siap beli kasut raya untuk baby. 

4 May 2022

Hari ni kite tak sure nk singgah ladang strawberry yg mana satu. Ingat nak cari nasi lemak strawberry. Lepas check out, from Tanah rata kite terus drive sambil² mencari signboard ladang strawberry. Lastly kami sampai  di Big Red Strawberry farm. 

Kite mmg tak sangka langsung jalan nak ke ladang strawberry ni steep giler. Dengan kereta back-to-back.. walaupun kereta sy gear auto, memang peluh dingin tiap kali naik bukit. Sib baik tak panic attacked. Parking jauh k. Bila smpai situ, xde plk nasi lemak strawberry. Pastu, tak boleh petik strawberry sendiri..Kate owner, buah tak banyak. Jadi kami cuma jalan² sekejap kat situ, ada mini zoo. Budak² pun enjoy tengok. Kemudian kami pun turun dr situ..Mase turun pun steep giler dgn jem plk nak kluar.

Kite pun patah blk ke Kampung Sedia. Kat situ ade 2 tempat, tapi 1 je yg buka. Kami gigihkn diri juga turun kereta n mendaki sikit sbb parking jauh. Bila sampai situ, orang mmg crowded giler. First kena beratur untuk order makanan, lepas order kena duduk dulu untuk tunggu makanan sampai. Meja full. Org yg dah dpt meja pun ada yg tak dapat lagi makanan yg diorder. Kite plk ngan anak² ni, baru nk beratur, mmg tak dapat meja la..tak tunggu lama, kami terus blah dari situ. Tak sanggup tunggu.

Keluar dari Kg Sedia, jalan dah start jem. Bayangkn dari Kampung Sedia ke Kea Farm 7km je..tp kami terpaksa hadap jem 2 jam lebih. Traffic mmg stop tak jalan langsung..hanya mereka² yang pernah melalui nye shj yg faham macam mana jem nya CH. hahahahah. Sib baik ada bekalan tempeyek kacang tanah dalam kereta. Boleh la anak² ni mengunyah sementara nak hadap jem ni. Tak penah lg kite hadap jem yg tak bergerak lgsg mcm ni. Dengan anak nak g toilet lg, terpaksa tgu 2 jam sebelum sampai di Kea Farm. Punye la ramai manusia kat Kea Farm ni. Kami park kereta sebelah kiri. Solat dulu kat surau. Air paip punye la sejuk. Kemudian jalan², makan², shopping pun sebelah kiri je. Tak mampu la nk pimpin anak² melintas jalan nk p tengok belah sana. Kami makan ape adanye sj. Beli sotong gunting, macam la kat Penang takde. Hahaha. Tp anak² suke rupenye.. kat Penang selalu beli ayam gunting je. Beli strawberry lagi..kat sini murah² buah strawberry. Jagung putih, pokok kaktüs pun ada. Budak² ni back makan ice cream strawberry rm5 1. Harga xpamer. Nak sorg satu plk..xmau share..last² xhabis buang. Kat Kea Farm sekeping gambar pun xambik..hahaha..malas dah.

Tak lama, kami pun start kereta terus gerak turun dari Cameron Highland melalui Simpang Pulai ke Penang. Masa turun ni mata dah tak boleh tahan dah, mengantuk kemain. Nak berenti tepi jalan ,tapi takde tempat yg sesuai utk berhenti. Alhamdulillah jalan lancar, takde jem.. menggagahkan diri juga drive sampai RnR Sg Perak. Sampai je parking, bagitau kat anak², ummi nak tido sat. Alhamdulillah dapat setgh jam pun cukup. Pastu baru sambung drive sampai Penang. Itulah Raya Aidilfitri kami tahun 2022.. InsyaAllah, bila² yg agak² Cameron ni tak jem, kami nak p pulak..huhuhu. Perlu ada kesabaran yang tinggi nak harung jem kat CH.


Notes:

Kite naik dari Tapah, sampai Tanah Rata-Brincang-kea farm kemudian turun ikut Simpang Pulai trus balik Penang.

Jarak Tapah-Tanah Rata 52km.
Jarak Simpang Pulai-Brinchang 62km.
Jalan Tapah-Tanah Rata sempit, macam ular kena palu.
Jalan Simpang Pulai-Brinchang ok sikit, jalan besar.

No comments:

Post a Comment