Privacy Policy

Thursday, 30 June 2022

Bercuti di Johor Bahru - Part 2

بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


16 Mac 2022, Rabu

Apa sebenarnye tarikan di Kluang ni ye? Dekat hotel semalam kami dapat kopi 3 in 1 named Kluang Coffee. Maybe kopi la kot yg best kat sini.

Pagi ni kami check out dalam kul10.20a.m. gitew then terus menuju ke Stesen keretapi Kluang. Nak mencuba sarapan di Kluang Railcoffee. Tak jauh pun dari hotel, dalam 5 minit je dah sampai. Parking pun senang, dalam kawasan stesen, bayar guna kad touchngo. Cuma kena beratur tunggu meja kosong. Crowded masa beratur je tapi kat dalam kedai tak crowded pun, boleh makan tenang² aje. 


Sedap weh roti bakar depa. Kami order macam². Laksa Johor pun sedap. Mee wantan pun sedap, cucur bilis sedap, kopi sedap. Allah, kami nak repeat lagi. Sedap² belaka. Sambil makan, kami tunggu keretapi lalu. Dengar bunyi keretapi sampai, tapi tak nampak bayang, rupa²nya keretapi lalu atas. Railway ni dah naik yg baru. Cume stesen yg lama ni diorg maintain.

Lepas sejam lebih kat situ, dah habis makan, kami bawa anak singgah main taman kat Taman Tasik Kluang. Hahaha..memang rare. Tengah² panas litlit tu main kat playground.. takde siape. Ade la nampak sorang tengah jogging. Kami singgah sat ja pun, buat syarat. Bagi makanan turun perut dulu. Hari ni kami nak menuju ke Gelang Patah. Bye² Kluang.

Dari Kluang kami ikut jalan dalam melalui Renggam dan Layang² sebelum cross hiway menuju ke Gelang Patah. Kat Renggam, kami berenti sat cucuk duit kat atm Bank Islam situ, kemudian meneruskan perjalanan menyusur ladang kelapa sawit, jalan pun tenang je. Tak de kereta sangat. Kalau Simpang Renggam tu kat tepi hiway je, Renggam ni dalam sikit.

Di Gelang Patah, kami terus menuju ke Natura hotel untuk check in. Natura hotel ni dekat deretan shoplot. Kami belum ada specific plan lagi sebenarnye untuk hari ni. Legoland mmg dah out of plan sebab kite tak dapat book awal. Legoland hotel dah fully booked on date yg kite nak ni. 

Sampai je Natura hotel, mase check in, receptionist bagitau kita book untuk 17 hb. Astaghfirullahalaziiiiimmm.. macam mana boleh salah book ni. Book thru Agoda and paid plk tu. Tapi nasib kami baik. Kite dah book family room, yg ada 2 queen beds. Alhamdulillah mase tu ade bilik yg still available. Tapi 2 bunk beds. Pihak hotel minta kite tengok bilik dulu, if ok, kite bole stay malam tu. Tak perlu bayar dah. Alhamdulillah, bilik tu ok..sesuai utk kami sekeluarga. So tak perlu la kite cari hotel lain. Yang kite book 17hb tu, kire bring forward la. 

Lepas nak letak beg,  kite g mendobi lg. Sebab xde plan lagi hari ni. Siap mendobi, kite singgah kedai jual bahan² bakeri, beli loyang brownies. Wink..

Then lid ajak jalan². Kami ingat nk p satu tempat attraction kat situ. Bila sampai tempat tu ikut Google map, takde ape pun. Mase tu dah kul 5 lebih. Kami pun terus ke JB, nak cari pisang goreng cicah sambal kicap. Dari Gelang Patah ke JB cuma setgh jam sj. Cume jem sikit sebab orang balik kerja. Nak cari gerai jual pisang goreng petang² ni yang still open..Haha..semua harap kat Google map. Mana yg org review kate best tu n open now, kami nak p try. 


Kul 6p.m.- Alhamdulillah kami sampai di gerai pisang goreng Rimbun Cherry. Ada pokok ceri depan gerai. Wow! Selain pisang goreng, ada tempe goreng, soto, nasi lemak. Yang pisang goreng ngan soto tu tak bole move on la. Gerai ni tutup kul7. Pisang goreng harga 3 keping rm1.

Lepas makan, kami menuju ke Pasar karat JB. On the way nak sampai pasar karat, kami singgah sat tepi jalan, dekat bridge menuju ke Woodland, Singapore.. Nampak Singapore dari jauh pun jadi lah. Menunggu Malaysia-Singapore border buka, InsyaAllah nanti kami ke sana pula. Rindu nak p Spore.

Lps snap gambar, kami pun gerak ke Pasar Karat. Mulanya berpusing² gak nak cari tempat parking. Oleh kerana kami awal, jalan belum jem lagi. Better cari designated parking area. Kalau parking tak tentu hala, kena saman nanti.

Syok la p Pasar Karat. Tak sama suasana ngan pasar kat Penang. Best, macam² ada. Kami beli facemask 4 pek RM10 je. Kat Penang xdapat. Kat Penang jual 3 pek RM10. Ada la beli barang² lain lagi. Pendek kata kalau mai JB tak singgah pasar karat tu, macam tak sah tau. 

Malam tu kami makan burger sj. Lid beli burger kat stall hujung jalan, dekat ngan hotel je..sedap burger nye. Abang jual burger tu dulu sebelum PKP, die kerja kat Singapore. Mase PKP die berenti kerja, balik Johor, jual burger.. stall die bukak sampai jam 3 pagi, walaupun mase tu patutnye boleh buka sampai kul12 je.

17 Mac 2022, Khamis

Semalam kita ada call pak Andak kite yg tinggal di Pontian, bagitau nak singgah rumah die. 10.45a.m. camtu kami check out hotel, then terus menuju ke Pontian melalui Pekan Nenas. Kami tibe di rumah pak Andak kul 11.45a.m. Pak Andak pelawa tidur di rumah die. Ok la..Kite pun belum booking hotel lagi untuk malam nanti. Mak Andak jamu kami dengan mee rojak. Selepas makan, kami minta izin nak keluar jalan². Mak Andak n menantu nye Mona, suggest kami p ke Tanjung Piai, lid pulak nak ke Muzium Bugis. Depa suggest kami ke Tanjung Piai dulu, sbb close kul4 p.m. 

Dari rumah Andak, kami melalui Parit Jerman untuk ke Tanjung Piai. Dalam kul1.30 p.m. kami sampai di Tanjung Piai. Snap a few photos, then gerak ke taman negara Tanjung Piai. Sesat larat juga guna Google maps. Masuk celah kampung mane ntah. Sib baik dekat situ je.  

Tiket masuk RM5 dewasa , RM3 pelajar. Taman Negara Tanjung Piai ni kawasan paya bakau. Hati² sebab sini ada banyak monyet. Jangan bawa beg plastic, nanti monyet rampas. Hehe. Yang best nye, Tanjung Piai is the southern most tip of mainland Asia (penghujung sekali Benua Asia). 


Kami tak sangka betul trip ini membawa kami sampai ke sini. Tempat ni tak besar pun, jadi tak la penat sangat berjalan, cume berpeluh² sebab tengahari panas. Taman negara Pulau Pinang pun kami tak sampai lagi..huhu.. Kul 3p.m. kami meninggal kan Taman Negara Tanjung Piai. 


Pak Andak tak bagi kami lunch di luar..Jadinya nak alas perut, kami singgah di Kopi Tenggek Tanjung Piai.. Sebenarnye nak tengok² je and nak merasa kopi tenggek tu. Lid beli kopi panas n sejuk. Yang bestnye, first time jumpe, karipap tanpa oksigen. Sebiji RM4, tapi ada promo, jadi sebiji RM3. Lid beli utk kami makan dalam kereta je. Sedap sgt..Ade karipap ayam, daging, telur and sardin. Memang sedap. Next time kalau ada rezeki sampai sini lagi, kena beli frozen nye.


Lepas tu kami terus menuju ke Muzium Bugis yang terletak di Pantai Rambah. Hujan lebat bila kami sampai di situ. Muzium ni milik persendirian, masuk percuma saje. Seronok tengok barang-barang peribadi keluarga keturunan Bugis di sini. Bahasa Bugis tu lain benar daripada Bahasa Malaysia or Bahasa Indonesia. Jawa pun bukan. Lid la yang paling seronok. Kami follow aje. Asal usul keturunan Mak Andak sy ada kena  mengena dengan keturunan Bugis. 

Selepas itu, kami terus balik rumah Pak Andak. Pak Andak masak asam pedas, mmg my favourite la. Lepas makan kite layan mak andak borak2. Kat belakang rumah ada kebun kelapa sawit. Lepas hujan banyak ayam hutan keluar cari makan. Kera pun ada. Rumah ni tandas kat luar, jadi bercinta jugak la nak suruh budak-budak ni pergi mandi. Malam tu, lid ngan anak anak lelaki ikut Pak Andak ke surau utk menyambut malam Nisfu Syaaban. Kite habiskan mase sembang2 ngan mak andak kat dapur. Seonok sembang ngan die, walaupun dah lama sangat tak jumpe, tapi rase welcoming sangat. Mak Andak tinggal ngan anak cucu die, jadi rumah ni tak sunyi. Semua jenis friendly. 

Bila Lid n Pak Andak balik dari surau, sambung lagi sembang ntah sampai kul berapa. Malam tu kami tidur di bahagian ruang tamu kat atas rumah Andak. Depa semua tidur kat bahagian bawah. 

18 Mac 2022, Jumaat

Hari ni kami bersarapan cucur home-made n roti canai yang Andak beli. Lama juga bersiap sambil sembang² lagi ngan pak dan mak Andak. Kami nak teruskan perjalanan ke JB hari ni. 

Selepas meninggalkan rumah Pak Andak, kami ada singgah 2 tempat attraction dalam area Pontian ni, tp dua² tempat ni milik persendirian, dan dua² pun tak berbaloi nak pergi, jadi baik takyah cerita kat sini. Biarlah kite lupe kan sj. Kalau cari tempat attraction nak p tu, better cari tempat yang orang ramai review bagus. Lastly, kami terus menuju ke Kempas, nak cari penjual otak² Kempas. 

Kalau kat pasar malam Bayan Lepas, kami jumpe otak² Gelang Patah. Menurut mak Andak, otak² yg famous kat Johor ni, otak-otak Kempas. Kami p Gelang Patah pun tak jumpe otak². Acane tu..? Bila kami sampai di Kempas, rupe² yg Google map tunjuk tu ialah pengusaha otak² Kempas. Macam kilang tau. Lid try call, dia bgtau kalau nak makan otak² kena cari kat kedai makan, sebab die hanya jual kepada pemborong/ peruncit hat stok yg mentah tau. Die tak jual utk dimakan terus. Die suggest kami pergi Senibong. Kami pun Google la mana tempat nak makan otak² Kempas ni ke cmne terjumpe tempat makan koperasi Senibong. Kami pun gerak la ke sana. 

Sampai sana, die terletak di tepi laut. Tapi bukan pantai sangat. Dari kawasan kampung Senibong ni bole nampak negara seberang laut. Kat sini ada 2 restoren. 1 dah buka.  Yg 1 lg petang sikit baru buka. Jadi kami p la restoran yang buka tu. Sini cm kedai tomyam seafood kat Penang. Ada pakej per berapa orang makan. Boleh la..since kami semua dah lapar. Harga cm mahal la juga. Dalam RM99 per set termasuk drinks. Kalau kat Penang, or Langkawi yg kami biase makan, bole dapat lebih murah compared to this place. Maybe sbb org kate Johor cm mahal kan kos sarahidup. Eh. Xtau la..
(update 11 July 2022-these same kind of dishes we had in Langkawi for RM 70 only per set with out drink)

Kami still tak dapat merasa otak² lg sbb restoran yg jual otak² tak buka lg. Jadi kami lepak je dalam kereta. Sambil² kite search hotel untuk malam nanti, anak2 duk ambil angin tepi laut. Kami singgah solat kat surau Kampung Senibong ni. Lid sibuk cari otak² Kempas. 

Sekitar selepas Asar, Lid kata restoren ke2 sudah mula dibuka. Restoren makanan laut disini semuanya dgn makanan laut dari udang lobster, ketam yg besar² tu sampaila ke pelbagai jenis ikan ke siput². Harga mmg mahal la nak kate. Ada satu stall yg dibahagian hadapan sudah mula bakar otak², jadi Lid pon bertanyalah. Rupa²nya dari gaya dan dialek org yang menjual ni, Lid agak dia org utara, maka berbasa basi la mereka. (Penat tunggu dlm kereta punya lama). Menurut Lid, kakak yg jual ni org Sg Petani, Kedah, ikut husband org Johor dan meniaga di sini lebih 7tahun. Dialek dan lenggok bahasa Lid dapat cam meskipun sekadar sikit² yg tinggal. Sebab kami pun dari utara, akak tu bg kami free 10 otak². Lepas dah dapat beli otak², baru lah kami gerak ke hotel. Tapi sebelum tu kami singgah sekali lagi di pisang goreng kicap Rimbun Cherry, utk tapau pisang goreng n mee sup sedap. 

Kami cek in di hotel yg tak jauh dari Plaza Pelangi. Kite minta late check in jadi kena byr tambahan RM88. Sebab kite ade kls Türkçe esok ptg 2-5. Lepas check in kami cari dobi yg terdekat di blkg Plaza Pelangi. Mahal dobi kat JB ni, sabun pun jual asing. Tapi xpela, lain padang,lain belalang. Lid hantar anak2 ke hotel sementara dobi siap. Lepas balik hotel, kami menghabiskan pisang goreng n mee sup tu. Dah siap solat semua, kami turun semula dari hotel, menuju ke Pasar karat sekali lagi. Suke benar kami p pasar karat. Cumenye, malam ni kami keluar lewat sikit, plus arini Jumaat Johor cuti, jadi nak cari parking susah sikit, sbb ramai orang nak g Pasar karat. 

19 Mac 2022, Sabtu

Pagi ni kami keluar sarapan di Warong Boyan. Sesat larat sampai kubur cina bila ikut Google map. Rupe² nye kedai tu dah pindah tempat lain, dekat tepi jalan, depan sekolah je kedainye. Menu² nye asli Indonesia ye. Believe me, order je la nasi ayam penyet kat sini, mmg sedap gile. Yang lain² tu sedap juga, tapi tak kena ngan tekak kami. Boleh makan sikit je. Tapi nasi ayam penyet mmg sedap. Mase kami sampai tadi tak ramai, tapi masa kami nak keluar, ramai beratur tunggu meja. 

Lepas makan, kami pusing sat tengok Stadium JDT dari jauh, pastu kembali semula ke hotel rehat² sat. Kite kemas² beg, dah nak balik dah hari ni. Kul 2-5 kelas Türkçe. Lid bawa anak2 main² kat taman, pusing² cari tempat viral. Abis je kls, kami terus load bag masuk kereta n check-out. Receptionist hotel ni leceh sikit mase nak check out.. Beriye² nak cek condition bilik bagai. Hotel yg biase² pun xlama sgt cm depa ni. 

Lepas tu, kami terus menuju ke Masjid Kampung Melayu Majeedi. Rupe² nye sini la tempat makan yang paling rancak kami jumpe selepas 4 hari kat JB ni. Macam² ada kat sini.. Sesape yg datang jalan² kat JB kena singgah sini. Lid tanye kawan die orang Johor, baru la beliau suggest kn kami ke sini. Macam² ada.. Kami minum ABC sedap, boleh la tapi Fredoo ABC Seksyen 2 Shah Alam lg best. Hahaha. Pastu makan murtabak cheese, mee bandung Muar, Lid makan sup tulang merah. 

Lepas makan, kami lepak² sat kat masjid sampai abis Maghreb. Buat jamak terus ngan Isyak. Lepas tu, kami terus memulakan perjalanan balik ke Penang. From Masjid Kampung Melayu Majeedi tu kite drive direct non-stop sampai Restoren Jejantas Sg Buloh dalam kul 12 tgh malam. Pastu berenti tidur. Tak larat dah nak drive. Lepas tu apa pun dah tak ingat. Yg tau, kul 11 pagi kami dah ada di Penang, brunch dekat Kayu Nasi Kandar, Bayan Baru. Pastu baru kami balik rumah. 

Pada pandangan saya, kami sekeluarga sangat gembira melawat negeri Johor. Hopefully, InsyaAllah, ada rezeki, kami akan ke bahagian lain pula di Johor. 







 





No comments:

Post a Comment