Privacy Policy

Tuesday, 17 May 2022

Bercuti di Johor Bahru - Part 1

بسم الله الرحمن الرحيم 
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد 
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pertama sekali, tujuan nak ke Johor Bahru (JB) ni sebab seumur hidup saya belum pernah sampai lg JB ni. Kami dah cross to Spore but JB tak pernah sampai lg. So, by hook or by crook, kami kena pergi JB. Nak tukar angin. Biasenye kalau cuti² ni takat balik Selangor. Kelantan & Terengganu pun dah biase p. Langkawi, walaupun suka sgt p, pun dah biase p. 

Pada mulanya, berat hati sebenarnye nak ke JB. Sebabnye jauh tu nak drive from Penang to JB. Pastukan, bila Google cari info pasal cuti-cuti JB, ada lah jumpa 1 blog AzieKitchen, yg tulis tentang percutiannya di JB. Blog² yg lain cuma listkan senarai tempat² menarik utk makan/lawat. So, what to expect, suasana kat JB tu acane, orang² nye cmne..mahal ke belanje kalau cuti² kat JB...tak jumpe kat blog. 


Kami spare cuti seminggu untuk cuti² JB bcos it may be the first and the last time we visit JB. Tapi hati still berbelah bagi, nak p ke tak. Kalau tak p, cam tak aci pula. Turki pun dah explore, tapi dalam negara tak habis explore lg. Hari nak bertolak baru kemas luggage. Nampak sangat tak excited. Hahaha..Hotel semua booking on the way. Trip kami ke Johor ni kebetulan selepas PRN Johor. Johor masa ni antara negeri yang high covid 19 cases.

13 Mac 2022, Ahad

Kami memulakan perjalanan slps Zohor. On the way tu, dalam kepala ni duk running. Nak p mana dulu. So saye decide first night, kite stay KL dulu. Kite pun search family room area KL, yg mur² aje.. last minute booking ni susah sikit..tapi kite gamble je. Malaysia je kan..tido dalam kereta pun boleh. Kul 3.30pm booking hotel bajet kat Ampang, so malam ni kami tidur di Ampang dulu.

Kami sampai hotel jam 10 mlm. Trafik slow moving.. dari Tapah to KL 5 jam. Gulshan hotel, Ampang ni hotel bajet, dekat je ngan Hospital Ampang Putri. Family room, ada 5 single bed. Bilik bersih. Cumanye parking berbayar, scan guna kad touchngo. Lepas check-in, ktorg terus menapak ke kedai mamak kat seberang jalan. Masa ni waktu perniagaan sehingga jam 12 tgh mlm shj. Jadi kalut sikit la. 

Hotel ni berbaloi dan selesa utk family. Alhamdulillah, dekat ngan kedai makan, jadi takyah pening nak start kereta pusing cari makan kat lain.

Tengah malam sebelum tidur tu, kite search next hotel for tomorrow night. Next stop is Melaka.

14 Mac 2022, Isnin

Jam 9.30pagi kami check out. Total parking fees RM8.50. Our first destination hari ni is Alor Gajah. Nak g mkn asam pedas. Brunch terus gitew..

11a.m.-Kami keluar tol Alor Gajah, terus g makan kat rnr tepi jalan. Member lid suggest makan situ. Boleh la. Biase² je. Janji perut kenyang. Ada asam pedas yang pedas di situ.. hehehe

Lepas makan, kami masuk hiway balik untuk ke Bandar Hilir, Melaka. Rezeki kami datang Melaka, tak jem. Alhamdulillah, perjalanan kami smooth je. 

12.30 p.m.-Kami tibe di Jeti Taman Rempah, nak naik Melaka River Cruise. Harga tiket dewasa RM25, kanak² RM 15. Tiket beli terus je kat kaunter. Mase ni takde pengunjung sgt, maybe sebab waktu tengahari. 12.55 dah naik cruise, first time for all of us. Seronok dan berbaloi la ngan harga. Cruise ni dalam setengah jam shj pergi-balik. 

Kemudian kami terus ke Menara Taming Sari. Pusing² sat cari parking. Ramai orang tapi boleh tahan lagi la. Harga tiket utk kami sekeluarga RM86 n diorang nak tengok IC. Lepas beli tiket, tanpa membuang masa, naik terus. Seat n suasana selesa dalam tempat tu, cuma bising ngan suara orang. Pusing dalam 3 ke 4 kali kalau tak silap, dalam 7 minit je naik-turun menara tu. 

From the top, anak² ternampak ada kolam mandi kat bawah. Masing² kemain nak p tengok. Lepas turun, kami jalan² sekitar menara, kat belakang menara ada arked. Tempat ni kite memang rekomen korang kalau datang Bandar Hilir, kena singgah. Ada macam² depa jual. Cencalok, dodol cair panas², belacan, pisang salai madu, gula melaka asli dll. Kita beli cencalok 3 botol RM10 je. Pisang salai madu RM6. Dodol panas tu sedap. Tapi kite beli setakat nak rase je. Sedap rupe²nya. Sehari makan habis dah. InsyaAllah, next time kite nak repeat dodol panas. 

Lepas shopping, kami jalan² sat kat taman. Misi mencari pintu masuk kolam mandi yang nampak dari atas menara tadi. Ahaaa.. kolam mandi awam rupanya. Takde orang. Budak² tak sabar la nak p berenang. Tapi kami pusing² dulu situ, kemudian check-in hotel. Swiss Hotel Heritage Boutique Melaka. Hotel ni best. Family room juga. Dalam 1 bilik tu ada 2 tingkat. Tingkat bawah ada 1 katil queen, tingkat atas ada 3 single beds. Kami rehat sat and solat then keluar balik. 

5 p.m-Bagi chance anak² mandi kolam. Ade bayaran masuk, parents yg teman anak pun kena bayar, walaupun tak mandi. Ok la. Murah je. Kami spend dalam 1 jam kat kolam, then kami jalan² sekitar bandar warna merah tu. 

Sebenarnye kat sini ada beberape museum. Tapi tutup hari tu(Isnin). Kami mendaki anak tangga, naik ke atas bukit yg ada gereja lama tu. Budak² sibuk nak beli teropong. Kemudian pusing² nampak kota Afamosa kat belakang. Kemudian patah balik, turun ke sebelah kanan, jumpa signage I♥️Melaka tu. Penat berjalan. Kemudian, kami duduk minum kat seberang jalan (tepi sungai). Ada cendol, air tembikai lonjong tu (sebiji rm10), and makan waffle. Gerai cendol tutup kul 7p.m. Gerai lain kite tak pasti pula tutup bila.

Dari situ, kami sewa 3 beca, (rm25/beca) untuk bawa kami ke Kota Afamosa. Kami snap a few photos, then abang beca bawa kami sampai ke Menara Taming Sari semula. Sebab kite nak kluar cash kat atm Bank Islam di situ. Pastu kami jalan kaki ambik kereta. 

Sebelum balik hotel, kite singgah beli nasi lemak balut High School Corner. Kebetulan lalu jalan tu ternampak ada gerai nasi lemak. Jadi kite berenti beli. Sedap nasi lemak diorang. Nasi lemak tu dibalut ngan telur dadar, macam nasi goreng pataya. Boleh repeat next time. 

15 Mac 2022, Selasa

Day 3-Kami tinggal kan Melaka dalam suasana mendung dan hujan renyai pagi ini. Menuju ke Tanjung Agas, Muar untuk sarapan. Jarak Bandar Hilir ke Muar dalam sejam perjalanan. Nak sampai ke Tanjung Agas, dua kali jugak salah masuk simpang. 

Jam 10.30a.m.- kami bersarapan sate, mee bandung udang galah (RM 25), soto dan lontong pagi ni. Rasa die biase2 je. 

Dari Muar kami terus ke Batu Pahat. Lid cadangkan kami singgah di Galeri Dato' Onn, Batu Pahat. Kul 1 p.m. kami tibe di situ. Masuk percuma. Masa kami sampai, tiada pelawat lain. Kami spend time dalam 50minit kat situ. Study sejarah balik. Tentang penubuhan UMNO dll. Rupanya ibu Dato' Onn Jaafar ni orang Turki. 

Lid minta staff kat galeri tu suggest tempat makan yang best kat sekitar Batu Pahat. Kami nak makan asam pedas, jadi die suggest kami p ke Aa..Asam pedas kat Parit Haji Salam simpang lima.
 

Batu Pahat n Muar ni sempadannya sungai. Nak ke parit haji salam simpang lima ni, kena masuk Muar balik. Tapi tak jauh pun sebenarnye. Kul 2.15p.m. kami sampai di Aa.. asam pedas Teluk Wawasan. Alhamdulillah sempat masuk, sebab kul2.30 diorang nak rehat sekejap. Kite order nasi putih, sotong goreng tepong, isi ikan jenahak goreng, ekor ikan merah asam pedas, isi ikan jenahak asam pedas. Sebenarnye nak ikan merah semua tapi ikan merah tinggal ekor je. Isi ikan jenahak tu total 5 slices. Tak tau nak bajet banyak mana. Hahaha.. excited mengorder. Kami tunggu dalam setengah jam juga la. Perghhh...memang sedap, terangkat beb. Puas hati lah makan ikan fresh. Baru naik je kat jeti sebelah tu. Of course, banyak lebih..Kita minta depa bungkuskan, tambah kuah asam pedas n nasi putih. Boleh makan kat hotel malam nanti. Sedap sangat sampai teringat-ingat. Wajib repeat ni. My favourite asam pedas. Ikan die dah la fresh, harga much cheaper than in Penang. 

3.25 p.m.- kami gerak dari situ, menuju ke Ayer Hitam. Misi mencari putu bambu kat balai polis lama pekan Ayer Hitam. Putu bambu tu satu, nak g kedai jual barang² deco kat sana. Hujan menyambut kami ketika sampai di Ayer Hitam dlm pukul 4.30p.m. Kite beli 6 paket putu bambu. Sepeket ada 6 ketul. Lid nak bubur sumsum. 

Kemudian, lid minta hantarkan die n anak2 ke masjid sementara kite nak g shopping kat kedai² deco tu. 

Dulu kami penah dah sampai pekan Ayer Hitam ni. Point paling jauh la kami penah sampai kat Johor ni. Tu yang kite tau kat sini ada kedai barang2 deco. Dulu ada beli key box kat sini. Key box tu dah rosak sikit. Jadi nak cari yang baru. Kat shopee ada jual, tp size die kecik sikit. 

Kite pun tak sure nak masuk kedai yang mana satu sebab ada beberape kedai kat situ. Kite p isi minyak kat Petron, kemudian kite pun singgah satu kedai kat seberang jalan, opposite Petron. Alhamdulillah, kite singgah di kedai yang tepat. Jumpe key box yang kita cari. Kite beli a few other things juga. Rase nak beli semua yg berkenan. Tapi tak boleh, nak selit mana dalam kereta dah penuh. Next time kena datang lagi. Lama jugak shopping tu sampai keras orang menunggu kat masjid. Hahahaha..

Lepas tu, kami terus bergerak ke Kluang. Kul 7p.m. kami sampai di Kluang and terus check in hotel. Lepas dah rehat sat, kami keluar sat cari dobi. The cheapest dobi kami jumpe kat Kluang. Cuci baju rm2 je. Sabun sendiri. Dryer RM4.

Lepas mendobi, kami dinner asam pedas and putu bambu kat bilik hotel ja.

Bersambung Part 2.








No comments:

Post a Comment