اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Saja saya catatkan di sini untuk berkongsi ilmu dan supaya saya sendiri boleh refer next time.
Surah As-Sajdah yang diturunkan di Mekah merupakan surah ke 32 dalam Al-Quran, mengandungi 30 ayat. Sampai ayat ke 15, ada tanda kubah dihujungnya, maka hukumnya adalah sunat untuk sujud tilawah. Biasanya, bila keadaan di luar solat, masa kita baca Al-Quran bila terjumpa ayat sajadah, kita akan angkat takbir, dan terus sujud 1 kali, kemudian duduk dan bagi salam. (Bacaan sujud sajadah/tilawah boleh la lakukan carian di Google). Nak cerita nya di sini, dulu masa kali pertama solat subuh di Madinah(2016), pagi Jumaat. Biasanya imam akan baca Surah As-Sajdah sewaktu solat subuh hari Jumaat. Tapi sepanjang hidup saya, belum pernah lagi merasai pengalaman ni. Ada pengetahuan tetapi tiada amal. Bila pergi umrah baru la merasa.
Saya prefer to solat in the masjid, bukan di perkarangan masjid, walaupun ada yang kata perkarangan Masjid Nabawi tu juga dikira dalam masjid.
Nak cerita, biasanya waktu subuh ni lah yang ada jemaah termasuklah saya ni terkejar-kejar sikit. Sebab baru bangun dari tidur kan, bersiap-siap baru ke masjid. Kalau waktu solat lain tu, InsyaAllah boleh masuk masjid lebih awal dan berniat iktikaf.
Kalau kita masuk ke dalam Masjid Nabawi pada waktu yang dibenarkan bagi jemaah wanita masuk ke Raudhah (ikut jadual), boleh la kita bagi salam kepada Rasullah s.a.w dan sahabat baginda, Abu Bakar dan Umar r.a. Kemudian InsyaAllah boleh la solat sunat dan berdoa dalam Raudhah sambil berhimpit-himpit ngan jemaah lain. Itu biasa ye, jiwa kena kental. Masuk plk, saya join ngan jemaah mak-mak Arab. Badan depa dah la besar dari saya ni. Tak boleh nak marah-marah kat makam nabi. Tempat makbul doa pulak tu. Sebuah taman dari taman-taman syurga. Bahagia dapat bersolat dan berdoa di dalamnya. Masing-masing nak ambil peluang solat dan berdoa di Raudhah tapi tu lah, sampai ada yang langkah kepala jemaah lain sedang solat, tu belum lagi geng yang jadi tukang kepung kawan nak solat. Hubungan ngan sesama manusia tak jaga, tak hormat jemaah lain. Bukan depa ja, jemaah negara lain pun lebih kurang 2x5. Jangan buat begitulah kan, jeling-jeling orang semua tu tak mau k. Buat elok2 sikit. Nak masuk Raudhah tu ikut turn negara2, biasanya jemaah Asia Tenggara ni masuk last sekali sebab ada orang kata jemaah Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapore n Indonesia ni penyabar orangnya. Yang saya masuk ngan mak2 Arab tu sebab terlepas dari mak guard. hahahaha. Kalau tak, satg die tu jerit "Ibu, ibu, duduk, duduk." Malu ooiii.
Melainkan kalau kita (jemaah umrah) menyertai ziarah Madinah yang dianjurkan oleh pihak travel agency, nak pergi melihat Gunung Uhud, ziarah makam sahabat nabi dan Bukit Pemanah. Selain tu, jemaah akan di bawa menziarahi Masjid Quba' dan solat sunat dhuha kemudian shopping di ladang kurma. Biasenya selepas ziarah, para jemaah akan kembali semula ke Masjid Nabawi tu dah dekat sangat dengan waktu zohor. Bila lambat sampai di masjid, memang nanti akan terkejar² nak berwuduk, kemudian nak masuk solat di dalam masjid. Kalau tidakpun, kena solat di luar. Sebab mak guard dah tak bagi masuk dalam walaupun dalam masjid banyak lagi ruang untuk solat. Bila dah terlambat tapi Alhamdulillah dapat masuk pula, nak cari space seluas sejadah kecik pun susah sebab jemaah yang kat bahagian tengah taknak move ke depan. Memang kiranya, kalau dah berhimpit-himpit tu kita memang akan mengharap belas ikhsan jemaah lain la, untuk bagi sikit ruang untuk berdiri. Sujud belum tentu boleh, kalau dapat menyelit untuk qiam pun jadilah. Jadi nak kata di sini, kat sana datanglah masjid lebih awal sejam dua camtu supaya dapat solat dalam masjid yg Allah janji 1000 ganda pahala.
Ok sambung semula pasal solat subuh. Rakaat pertama, jadinya imam pun angkat takbir, imam baca Al-fatihah dan mula baca Surah As-Sajdah. Kemudian imam takbir Allahuakbar, imam sujud tilawah, kemudian Allahuakbar, imam bangun, sambung semula baca surah As-Sajdah. Jadinya apa jadi ngan makmum kat belakang yang tak nampak imam ni? Ada yang rukuk, ada yang sujud, ada yang tetap qiam. Makmum yang ikut imam sujud tu betul sebab imam sujud tilawah. Makmum yang rukuk ataupun qiam shj tu apa hukumnya ye? Saya sendiri dah tak ingat apa saya buat mase tu, ikut orang sebelah sujud ke rukuk ke atau tetap qiam je?
Dalam kursus umrah, setakat yang saya join tu, saya mungkin terlepas info pasal sujud tilawah dalam solat ni. Mungkin tak nampak macam isu besar pun sebab hukum sujud tilawah ni sunat muakkad. Tapi isunya di sini ialah bila kita sebagai makmum. Jadinya, baru-baru ni saya ada tanya seorang ustaz.
Soalan saya:
Assalamualaikum ustaz, masa solat subuh di Mekah/Madinah, bila imam baca surah As-Sajdah kemudian imam sujud tilawah, kita makmum tak nampak imam dan tak ikut imam sujud tilawah, apa hukumnya ustaz?
Ustaz jawap:
Berkata Imam Nawawi:
Dan apabila imam sujud sajadah maka makmum turut sama sujud.
Maka jikalau makmum tidak lakukan sujud nescaya batal solat makmum.
Dan apabila imam tidak sujud sajadah maka makmum tidak boleh sujud.
Jikalau makmum sujud juga nescaya batal solat makmum.
Ada pun apabila adalah yang sembahyang itu makmum maka jangan ia sujud kerana bacaan dirinya bahkan makruh makmum membaca ayat sajadah.
Dan makmum tidak boleh sujud sajadah sebab terdengar bacaan selain imamnya bahkan makruh atasnya mendengar kepadanya.
Dan jikalau makmum sujud sajadah kerana dia sendiri yang membacanya atau kerana bacaan selain imamnya nescaya batal solat makmum.”
(Kitab Ar-Raudhah At-Talibin)
Jika tak nampak Imam sujud, tapi tahu Imam sujud, maka wajib ikut. Kalau tak tahu Imam sujud sejadah sebab tu tak sujud, maka tak batal kerana bukan sengaja tak ikut.
Soalan saya lagi:
Kalau imam baca sampai ayat tu, die akan terus sujud tilawah ke die takbir dulu baru sujud, ustaz?
Ustaz jawap:
selalu dia takbir.. sunat takbir terutama bila ramai bagi memudahkan jemaah yang jauh tahu pergerakan imam.
Alhamdulillah, saya dah dapat penjelasan atas kemusykilan saya. Semoga perkongsian ini menjadi satu ilmu yang bermanfaat untuk semua.
No comments:
Post a Comment