Privacy Policy

Saturday, 23 April 2022

Cuti-cuti Langkawi 2021

بسم الله الرحمن الرحيم 
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada November 2021 kami ke Langkawi, selepas daripada Langkawi travel bubble tu. Kali ni kami pergi naik kapal terbang. Alasan: malas nak drive ke jeti Kuala Kedah/Kuala Perlis n takut tak dapat tiket feri sebab ramai pelancong dah rindu nak bercuti ke Langkawi. 

Masa nak booking tiket flight tu, since kita dr Penang, pilihan yang affordable hanya AirAsia n Firefly. Kalau mmg pemburu tiket murah, bole lah dpt tiket murah AirAsia kot. Tapi rasenye AirAsia kalau flight from KL lg murah. My concern was flight departure n arrival time je..nak pilih yg paling berbaloi and sesuai ngan itinerary. Alhamdulillah, akhirnye kite book Firefly including travel insurance. Risau kalau flight cancel. Total cost is around RM1600.++ utk kami 7 beranak. Kite tak beli seat. Dah biase begitu. Jimat sikit duit.

Friday, 8 April 2022

Sujud tilawah dalam solat

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saja saya catatkan di sini untuk berkongsi ilmu dan supaya saya sendiri boleh refer next time. 

Surah As-Sajdah yang diturunkan di Mekah merupakan surah ke 32 dalam Al-Quran, mengandungi 30 ayat. Sampai ayat ke 15, ada tanda kubah dihujungnya, maka hukumnya adalah sunat untuk sujud tilawah. Biasanya, bila keadaan di luar solat, masa kita baca Al-Quran bila terjumpa ayat sajadah, kita akan angkat takbir, dan terus sujud 1 kali, kemudian duduk dan bagi salam. (Bacaan sujud sajadah/tilawah boleh la lakukan carian di Google). Nak cerita nya di sini, dulu masa kali pertama solat subuh di Madinah(2016), pagi Jumaat. Biasanya imam akan baca Surah As-Sajdah sewaktu solat subuh hari Jumaat. Tapi sepanjang hidup saya, belum pernah lagi merasai pengalaman ni. Ada pengetahuan tetapi tiada amal. Bila pergi umrah baru la merasa.