Privacy Policy

Monday, 1 February 2021

Türkçe Öğreniyorum

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Merhaba arkadaşlar. Maksudnya- Hi friends. Hehe.. Cara org Turki menegur sapa..kalau depa cakap Merhaba, kite pun jawap Merhaba jugak.  

Lama saya tak update aktiviti saya kat blog. Ye la, nak update ape sangat kn. Nak g travel pun tak boleh, dah pandemic ni belum habis lagi. Update ni lebih kepada sebagai ingatan, kenang2ngan. Untuk saya sendiri baca nanti. Sebab saya rase, saya dah jadi semakin pelupa sekarang. Benda 4,5 minit sebentar tadi saya buat pun kadang2 saya terlupa dah. Saya rase mungkin saya stress. Stress dengan kerja, I guess. Stress tak boleh g travel. Of course. Hehehe.

Untuk rekod saya, saya work from home dari 6 Nov 2020 sehingga saya menulis ini (24 Dec 2020) kerana kawasan tempat tinggal saya kena arahan PKPB. 

Hari ni 1 February 2021 masih lagi WFH sebab PKP2.0 sehingga 4 February 2021. Aktiviti yang terkini sekarang ni ialah Ben Türkçe Öğreniyorum - I'm learning Turkish language. Saya dah masuk Part 2 Turkce class..Kelas Bahasa Turki. 🥰 Online.. Kelas ni bermula bulan 10, 2020 selepas balik dari bercuti di Kelantan & Terengganu (Kelas Part 1). Setiap hari Sabtu selama 3 jam thru Zoom. (Abg & kakak kelas dynamic kids. Ummi plk kelas Turkce.) Alhamdulillah, belum pernah ponteng kelas.
Last class bg Part 1 12.12.2020

Excited betul bila dah tau baca bahasa Turki.. (baca sj, maksud belum tau lg..hehehe). Pastu duk tengok Erkenci Kus 50 bolum kat YouTube. Sekarang dah sampai 36 bolum. Boleh la tangkap sikit2 perkataan depa sebut tu. Since ade English subtitles, seronok la tengok. Jatuh cinta dengan Can & Sanem.😍 Siap buh ringtone Erkenci Kus lagi.. Ehehehehe..
Can & Sanem (gambar ambik kat Google)

Seronok dapat belajar bahasa Turki. Dah jatuh cinta sungguh dengan negara Turki. Tak sabar nak g travel to Turki lagi. Mase pertama kali sampai Turki, tak terfikir langsung nak tau sikit2 pun bahasa Turki. Kami guna English je, kalau depa xfaham, type kat Google translate, tunjuk phone kat depa, kalau xfaham juga, buat la bahasa isyarat. 😂 

Saya yakin pasti ada hikmah Allah lorongkan hati saya, Allah beri ruang untuk saya belajar ilmu baru ni. 

No comments:

Post a Comment