Privacy Policy

Tuesday, 27 October 2020

Weekend Getaway @ Entopia by Penang Butterfly Farm

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hai korang..yang first time bace blog saye, tq la sudi singgah baca.

Sabtu, 19 September 2020

Hari ni abang and kakak ade kelas @ Dinamic Kids sampai 1.15p.m. After the class, kami terus menuju ke our favourite kedai nasi kandar, kedai Nasi Kandar Mohamed Raffee at Pulau Tikus. Kami sampai dlm kul 1.50p.m gitu. Masa kami sampai sane, orang tak ramai sgt. Elok2 ja kami beratoq n cop meja, mana mai la orang ramai plk. Oleh kerana masing2 dah laporpo, ngan nak berperang sama ngan tangan si kecik yang dah cecah kat pinggan nasi kandaq, tak dan saye nak snap pic pun. Hahaha..

Alhamdulillah..selepas mengisi perut, kami segera bertolak ke Entopia by Penang Butterfly Farm @ Teluk Bahang. Sebenarnya tak jauh mane pun, tapi sebab ade kontraktor buat jalan, jam 3.15p.m baru kami smpai situ. 

It was a pleasure surprise bila dapat tahu kami dapat 50% discount for the entry tickets. Maklum la kan, kami anak ramai. Hehe..bukan kami je..Actually khas untuk pemastautin Penang, kalau korang g melawat Entopia by Penang Butterfly Farm sehingga hujung tahun ni shj, ade diskaun 50% ye..Murah beb. Better g cepat. Kalau tidak, harga tiket die harga TNB katenye. Hahaha. 

Please make sure you bring along all mykads, and mykids anak2 ye. Have to present the mykad/mykid ye mase beli tiket because it was a different pricing for foreigner n mykad/mykid holders. If u stay in Penang but the address in mykad alamat Perak etc, idk ye.. deal la sendiri ngan ticketing staff tu. 

Masuk je dalam taman tu, kami menuju ke surau dulu menunaikan fardu zohor. Alhamdulillah, surau dan tandas yang terdapat di situ amat lah selesa.
 



Taman ni ada 2 bahagian, Natureland (outdoor) dan Cocoon (indoor). Kalau hujan (lebat) better jangan masuk k. Diorg tak refund duit ye kalau cuaca tak mengizinkan. Ok. Masuk2 je kat sebelah kiri checkpoint pertama kat sini, diorg ade buat sesi jualan rama2 (ikut schedule). Bukan beli & bawa balik ye. Beli dan bebaskan dia terbang. From my point of view, ini mungkin salah satu cara diorg mengumpul dana to preserve taman ni. Menuju ke Natureland ade katak, labah-labah, kala jengking and so on la. Budak2 memang bergumbira ye. Bawak lah anak2 mai sini. Hat dalam fasa couple tu tak yah buang mase n duit mai. Hahahaha..

What I would like to say, dulu kami dah pernah mai mase anak 2 org. Masa tu taman ini belum renovated tara la ni. Dulu lagi banyak butterflies and insects nye..But we still enjoy every precious moments ngan anak2. Worth visiting place k. So korang, enjoy the pictures. Nanti korang p plk k.




Potongan nenas dan bunga raya untuk makanan rama-rama.



Di hujung sekali sebelum keluar dari tempat ni, ada jualan cenderahati ye. Biasa la tu kan. Since bawa budak2 yg dah pandai minta2 ni, ayat yg tak boleh nak dinafikan, souvenir ni tak boleh dapat kat tempat lain. huhuhu.. Paksa rela la ummi jadinye. Pastu ade jual ais krim vanila bunga telang plk. Rare ok. RM2.50 je. Tapi bunga telang tu bagi warna shj kn. Excited nk mencuba.

Syok ler depa makan aiskrim.


Balik dari situ kami singgah makan mee udang kat kedai tepi jalan dekat ngan simpang traffic light depan Parkroyal Hotel, dekat Batu Feringgi night market tu. Memang kena ngan selera saye la. Udang besar2. RM20 je sepinggan 😋



No comments:

Post a Comment