Privacy Policy

Tuesday, 2 July 2019

Itinerary 4 days -3 nights Singapore 2019

بسم الله الرحمن الرحيم
 اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hahaa..orang buat itinerary sebelum g travel. Kite buat lepas dah p. Tak pe la bole jadi panduan kat pembaca blog kite nanti. Kami berada di Spore selama 4hari, 3malam.


Day 1 
Arrive at Singapore Changi airport, withdraw duit kat ATM,  beli simcard StarHub, beli 3 Days-Singapore Tourist pass. Ok, saje nak share, kalau kat airport, travel simcard ni sampai $32 for 12days. Oleh kerana kite xdan nak study sebelum g Spore, clueless so beli je sbb fon tak bole roaming, walaupun awalnye plan nak on roaming Digi 3days/RM25 jer..

Actually kat 7E kami jumpe ade travel simcard yg lebih murah, maybe valid untuk seminggu je. Huhu. So kali ni lesson learned. Next time beli kat 7E, sbb dah tau route mrt semua. Kalau xtau pun, bole tanye orang. Kat airport mane2 pun semua cekik darah.

Pastu naik mrt, hanta bag kat hostel, petang jalan2 Merlion park, Esplanade, Marina Bay Sand, Gardens by the bay. Semua ni satu area. Nak lepak sampai malam tengok show pun bole.

Day 2
Kami ke rumah Bonda Anie Din di Toa Payoh. Kemudian kami ke Masjid Sultan.

Ok, Masjid Sultan ni dekat ngan Murtabak Zamzam, Kampong Glam, Arab Street, Bugis Junction (boleh shopping souvenir). Ikut la korang nak ronda cmne, selagi kaki boleh melangkah.

Day 3
Kami ke Sentosa Island Singapore. Kite suggest g pagi2. Kalau boleh, entrance buka je, terus serbu. hahaha. Baru berbaloi beli tiket memahal tu. Petangnye pula kami ke Chinatown Singapore.

Day 4
Oleh kerana flight kami lewat malam, so last day still bole ronda2 lagi. Kami ke Pasar Geylang Serai, lepak2, makan2. Pastu kami ke Mustafa Center. Kite tak pasti kat mana Little India tu, dengar kate dekat2 area Mustafa Center ni gak. Tapi tak pe kot kalau tak p. Terpulang la preference masing2 kan.

Travel bajet cm kami ni kena pepandai nak arrange mase sendiri n duit belanje. Singapore memang mahal kalau nak banding tukaran wang. Travel sendiri sebenarnye boleh jimat banyak berbanding travel by pakej. 

Untuk trip ni, kami tak p Orchard road and Bugis street(kami lalu depan je mase jalan kaki g Masjid Sultan). Kite suggest korg bole beli souvenir murah kat luar Masjid Sultan tu ade kedai yg jual murah2 je. Nak lagi murah,g Chinatown k. Macam2 ade.

Hotel, of course kalau korg banyak duit n nak lebih selesa. For budget traveler, hostel ok dah. Cari hostel yang dekat ngan public transport. Kat area hostel yg kami duk ni pun ade juga hostel lain. Bagi kite hostel yang kami duk ni sangat berbaloi sebab paling murah kite jumpe kat Booking.com. Kids are welcomed. Sesetengah hotel/hostel tak mesra family with kids. Area hostel pun bagus, dekat ngan bus stop n mrt. Ade washing machine, laundry pun tak jauh. Kedai mamak n kedai pun dekat. 

Ok, sebelum g Spore, kite banyak kali search blog pasal tempat makan kat Spore, nak cari tempat makan yang halal lagi murah la kan. Tapi satu pun tak terpergi k. Sebab yg depa suggest tu biasenye jenis hipster2, yang setakat travel alone bole la p. Hahaha. Kami redah je mane jumpe, asalkan halal k. Tak yah nak food hunter sangat. But I m strongly suggest korang singgah Pasar Geylang Serai untuk makan kat situ. 

Untuk korang, selamat travel Singapore.

No comments:

Post a Comment