اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kami berada di Surabaya/Malang 4 malam je. 1 malam di kaki Gunung Bromo, 1 malam di kota Malang n 2 malam di kota Surabaya. Kite booked hotel siap2 sblm p sana. Seperti selalu, Kite book hotel thru Booking.com. Memang puas hati la. Nak cancel pun senang kalau kite plan kite xjadi.
Malam pertama, kami tibe di airport Bandara Juanda lebih kurang jam 10.15p.m. Supir kami, Wisnu terus bawa kami ke homestay Didik di kaki Gunung Bromo. Sampai Bromo dalam kul 12.30 tengah malam. Laju ke Wisnu drive tadi? tak perasan sebab sembang banyak dalam kereta. Kami sekadar merehatkan badan, di homestay Didik. Didik yg uruskan pasal homestay ni. Plan asal kite was like sampai je Bromo, terus naik jip panjat gunung. Haha.. xmau ler singgah2. Didik kate die bagi free je kami duk situ. Siap hidangkan nasi goreng lagi untuk breakfast.
Actually, banyak juga orang kampung yang menyediakan homestay. Cuma kite rase homestay Didik yang paling hampir dengan Bromo.
Kertanegara Premium Guest House
Malam kedua kami menginap di Kertanegara Premium Guest House di Kota Malang. 1 malam IDR571,500 lebih kurang RM165. Hotel ni di tengah2 kota ye. Susah juga nak cari family room yang ade dua queen size bed. Alhamdulillah, bilik di sini luas. Selesa sangat. Tapi kami tak ambil sarapan sebab mahal. Kami lihat xramai pun yang turun sarapan, mungkin sebab di luar lagi best kot nak having breakfast daripada di hotel.
Hotel Sinar 1, Surabaya
Malam ke3 kami dah berada di Kota Surabaya. Oleh kerana terpaksa cancel kan hotel yg telah ditempah semasa sebelum datang bercuti ke Surabaya, kami pun ronda-ronda cari hotel yang ok, bole fit kami 5 beranak, kami pun check in di Hotel Sinar 1, Surabaya. Kite bayar IDR420,000. Hotel ni dah lama kot. The room condition was acceptable sebab dah tengah malam mase tu kan... Ade 2 katil double, bilik pun besar, ngan free breakfast. Breakfast pun ok juge. Cume kena tambah bayar breakfast untuk anak, sorang IDR100,000.
Selepas sarapan, Wisnu ambil kami jam 9.00pagi. Kami decide nak cari hotel lain untuk malam nanti. Kami singgah Hotel Premium Inn, nak tanye ade vacant room tak malam nanti. Dah alang2 depan hotel kan. Actually die sebelah-sebelah je ngan hotel Sinar 1. Awat malam semalam mase kami cari hotel, kami tak perasan hotel ni.. Maybe full agaknye. Tak ingat.
Receptionist kate ade family room kosong lagi, die suruh kite book thru Booking.com. Hahaha.. Sebab kalau book terus ngan hotel lagi mahal. Book ngan Booking.com, harganye significantly lebih murah tau. So aman la, dah book hotel.
Hotel Premium Inn, Surabaya
Malam terakhir kami tidur di Hotel Premium Inn, Surabaya. Hotel Premium Inn ni memang sempoi. Bilik best. Family room ade katil double besar 1, sofa bed 1 ngan extra bed. Channel TV pun best. All things in mini bar are free of charge. Pagi2 celik je biji mata, budak2 tiga orang ni nak terjun pool dah. Breakfast free untuk semua. Anak2 sampai umur 16 tau. Siap bole panggil supir masuk breakfast sekali. Makanan sedap2 pulak tu. InsyaAllah next time bila kami ke Surabaya lagi, kami wajib singgah tidur hotel ni.
If korang nak dapatkan 10% diskaun when booking hotel via Booking.com bole klik kat link ni. https://www.booking.com/s/11_6/5fd38d60
Kalau korang juga, pernah menginap di hotel yang sama, boleh la komen di bawah ye.
P/S: Lain kali kalau nak ke pergi lagi ke Kota Malang, boleh singgah di Lawang. Mungkin stay di hotel di Lawang. Lawang terletak tengah2 antara zoo dan kota Malang. Jadi tak perlu patah balik, patah balik beberapa kali.
assalam.. boleh saya dapatkan no telefon pemandu pelancong di surabaya/bromo/malang
ReplyDeleteWsalam. Boleh wassap Mr Didik +62 81249179089. Harap2 no fon die masih sama.
Delete