اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ni kite nak share pengalaman kami bercuti ke Surabaya, Indonesia. Surabaya terletak di Jawa Timur. Actually kami ke sana pada cuti sekolah bulan Mac2017. Baby Abdullah belum lahir lagi. Mase ni baru tahu pregnant. Kami menaiki penerbangan AirAsia 3jam Penang-Surabaya. Nak kate DIY, ye, without pakej, tapi kite ambik supir. Tak pasti macam mana nak explore Surabaya if without supir. Maybe boleh sewa kereta kot.
Rabu 21 Mac 2017
Kami sampai di Juanda airport, Surabaya jam 10.15mlm. Waktu di Surabaya cepat sejam dari Penang. Supir kami, Wisnu dah siap tunggu kami dgn tanda nama kite. Kami tunggu die ambik kerete kat parking n die terus bawa kami ke Bromo. Kereta2 di sini semua kereta import. Actually kite plan xmau tido mana2. Sampai2 je terus nak panjat Bromo.. Hahahahaha.
Kami tibe di Bromo dalam kul 12.30 tgh mlm k. Nak panjat Bromo kalau ikut yg kite baca kat dalam blogs start kul 3-3.30 a.m kena pegi naik jip. Kami ni termangu2. Supir kami suruh kami masuk tidur dulu kat dlm rumah tu. Sat lg die kate ade org lain pula yg akan bawa kami naik jip.
Keluar je dari kerete, suhu sejuk sangat2. Cepat2 kami masuk rumah yg xberkunci tu. Rupe2 nye homestay. Ade 4 bilik semuanye. Tapi hanye kami je yg ade di situ. Kami guna satu bilik je. Masuk terus kunci pintu. Dah la berada di tempat asing n x tau ade kat mana ni...Selak langsir, di luar terlalu gelap. Wisnu terus pulang, patah balik ke Surabaya. Kami ke tandas, menyucikan diri, ambik wuduk ngan air sejuk tu. Sebab nak solat jamak qasar maghrib n Isyak. Selepas tu kami cube tidur dalam suhu sejuk tu. Xbole nak tido sgt. Tak tahan sejuk..Pakai jumper je n stokin. Selimut pun xberkesan nak memanaskan badan kami.
Jam 3.30 terdengar bunyi jip kat luar. Lid terus bukak pintu, n org tu bgtau nak ambik kami ke Bromo. Kami pun cepat2 siap, naik jip. Suasana gelap gelite kecuali lampu jip. Lid duk depan dgn Nafees, kite duk belakang dgn Ammar n Azzalea. Jip die ni jenis seat yg panjang cm van dulu2 tu tau. Jalan x rata k. Geduk-geduk cam naik kuda. Terasa lama atas jip. Jalan bagai ular di palu. Sampai kite termuntah atas jip. Dah la tengah mabuk morning sickness. Bila sampai di atas Gunung Penanjakan, baru kami nampak deretan2 jip yg bawa org. Supir kami turun dari jip, xlama kemudian datang semula. Katenye pagi ni berkabus, jadi xperlu turun. Katenye nanti terus ke Gunung Bromo. Gunung Penanjakan ni untuk tengok sunrise. Kalau berkabus, xdpt la nak tgk.
Kami beritahu Didik mau solat subuh. Hari nak siang dah. Die bawa jip turun ke bawah xjauh dari tempat tadi. Ade surau. Cabaran nye nak ambik wuduk air sejuk macam ais.. Anak2 tidur dalam jip. Usai solat, supir belanje kami minuman panas. Ade ibu yg jalan kaki mengendong bekas air panas dan segala macam jenis peket minuman 3 in 1 berjualan. Milo pun ade.. tapi paket 4 segi yg dulu2.. sekarang kan Milo 3 in 1 dlm bungkusan panjang. Kami minum sambil menikmati udara pagi yg sangat menyegarkan.
Lepas tu kami meneruskan perjalanan turun dari Gunung Penanjakan. Dah siang ni baru la kite nampak, jalan yg bagai ular di palu tadi. Kami berhenti tepi jalan, untuk ambil gambar. Kami dapat lihat jip2 berderetan di kaki gunung. Halus macam trek kereta mainan. Pemandangan Masha Allah sangat cantik. Subhanallah. First time bercakap keluar asap kat mulut. Sejuk. Tapi supir kami rileks je pakai selipar. Supir kami namanye Didik. Ooohhh, ini la Didik. Kite wassap die sebelum datang ke Surabaya. Deal ngan die senang. Hotel kite tempah sendiri thru Booking.com. Kalau nak Didik tempahkan pun bole.
Gunung Bromo
Lepas tu terus naik jip turun bawah sampai kaki Gunung berapi Bromo. Jalan tak rata kesan dari lava gunung berapi. Tu yg rase geduk-geduk macam naik kuda. Jauh tempat jip berhenti. Dalam 2km ke kaki gunung berapi Bromo. Boleh jalan kaki or berkuda. Kami memilih menunggang kuda untuk ke situ. Ade banyak kuda. First time experience k. Kami sewa 3 kuda. IDR125,000 seekor pergi balik. Worth it. Kite naik sorg. Takut. Lid naik ngan Nafees while abg Ammar n kakak naik berdua. Don't worry sbb talinye ditarik oleh owner nye. Kena duk tegak je atas kuda. Bukan kuda padi tau, ni kuda yg besar tinggi tegap tu.
Sampai kat kaki gunung, kuda hantar sampai ke anak tangga. Kami mendaki anak tangga kayu, xtinggi sangat pun. Budak2 pun panjat tangga sendiri je. Bau sulfur begitu kuat. Gunung berapi Bromo masih aktif tau. Sampai atas, kami dapat menyaksikan kawah gunung berapi yg berasap2. Bole pusing separa bulatan atas kawah tu, kalau berani la. Kami berdiri sat ja kat atas tu. Sebab Nafees gayat. Maybe die takut tengok kawah gunung berapi tu. Kat sini, ade penganut Hindu yg buat pemujaan n korban kambing masuk dalam kawah tu setiap tahun. Kite penah tengok dalam Discovery Channel.
Kami turun separuh tangga n duduk sambil tengok pengunjung lain daki tangga. Bulan Mac tak pack sgt kalau nak melawat Bromo. Tapi kalau bulan Ogos, Didik kate ramai..Lepas tu kami naik kuda semula sampai jip. Sempat kite sembang dengan orang yg tarik kuda kite, die bgtau bukan kuda die. Die makan gaji. Sebulan gaji (slps convert to RM) RM300 je. Kalau pengunjung sikit or tak ramai, kena kerja juga. Sebab tu bila tengok jip sampai je, cepat2 depa terpa kat jip. Ade org sanggup jalan kaki. Tapi ade gak yg mase pergi jalan kaki, balik ke jip semula naik kuda. Kesian depa gaji sikit, tapi kite pikir, mungkin sesuai dengan cara hidup diorg. Kawasan desa. Sayur2 semua tanam sendiri. Boleh ternak ayam, itik.
Lepas sampai kat kawasan jip parking, ade jualan. Hehe. Ade org jual fridge magnet and t-shirt Bromo. Tak la cantik sangat tapi beli la. Depa jual murah. Ade gak orang jual bakso. Tapi jangan makan kat situ tau. Didik kate jangan makan situ, tak halal.
Seterusnye dari kawasan lava gunung berapi, Didik bawa kami ke Blok Savana. Ade yg panggil Bukit teletubbies. Sebuah kawasan padang rumput yg luas menghijau. Bukit nye ade rumput je. Xde pokok2. Ade orang jualan bakso dengan motor di sini. Kami sarapan bakso. Lain tau baksonye dari yg ade di Msia. Tapi sedap. Udara sejuk, makan bakso panas2. Kat sini pun ade org jual t-shirt. Lagi murah dari yang tadi.
Lepas makan kami ke Pasir Berbisik. Satu kawasan lapang, pasirnye halus kehitaman. Tapi bukan kawasan pantai. Subhanallah hebatnya Allah Maha Pencipta. Ade beberape jip yg juga singgah di sini. Tak lama.
Kemudian kami kembali ke homestay jam 10.30 pagi. Perjalanan turun mengambil mase kurang sejam. Penduduk di sini ade penganut Hindu dan Islam. Mereka bercucuk tanam. Kami melalui kebun sayuran. Dapat lihat pokok kentang, kubis, daun bawang. Bersebelahan homestay ialah kedai runcit kakak Didik. Didik suruh kami rehat dulu ngan bersiap2. Kami dihidangkan dengan nasi goreng dan teh panas. Sempat kami baring2 rehatkan badan.
Lepas Zohor, Supir kami yg ke3 plk datang. Naik Lavino. Pak Anto. Die yg akan bawa kami ke Malang n jalan2 esoknye. Sebelum bertolak, kami bergambar dengan Didik. Terima kasih Didik sebab bagi kami tumpang homestay. Kemudian kite bayar cash kat Didik. No extra charge. Next time, InsyaAllah, kami akan kembali ke sini lagi dengan baby Abdullah. Tapi, kami taknak dah ke Gunung Penanjakan. Nak tengok Gunung Bromo je.
Madakaripura Forest Park
Sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Malang, kami singgah di Air terjun Madakaripura. Terletak tidak jauh dari Bromo. Tapi malangnya, kami xbole masuk ke kawasan air terjun tersebut kerana pihak berkuasa tempatan bgtau ade longsor. Jadi kami masuk taman sebelahnye. Madakaripura Forest park.
Dalam perjalanan ke Kota Malang, kami singgah makan di restoran, order nasi + ayam lalapan. Macam nasi ayam penyet je. Kami ajak supir kami makan sekali.
Jalan Raya
Jam 6 lebih, kota Malang agak sesak dengan kenderaan yg baru pulang kerja. Ape yg kite lihat, kondisi jalan raye di sana tak sebaik di Malaysia. Jalan ade yg tak rata. Traffic banyak tapi tak sesak sampai sangkut jem berjam2 tu. Driver kenderaan akan saling membunyikan hon sebagai tanda menyapa driver lain. Pak Anto kate kalau x, diorg dikatekan sombong. Ade penduduk yg suka rela jaga traffic. Depa tak tunggu polis traffic datang pun. Jadi walaupun kenderaan banyak atas jalan, jalan sentiasa lancar. Satu lagi, kat sana, kenderaan berat akan lalu sebelah kanan, memotong sebelah kiri.
Kami sampai hotel di Malang waktu Maghrib. Pak Anto tidur di rumah adik nye.

Sedang mencari paket wisata gunung bromo. kami menyediakan paket wisata bromo gratis dokumentasi drone
ReplyDelete