Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad Wa'ala ali Muhammad.
Rabu, 6 Februari 2019
Hari ini kami pergi ziarah luar Madinah. Waktu sarapan pagi ini, ramai Jemaah dari Malaysia bersarapan bersama kami. Baru sampai semalam agaknya. As usual, org Malaysia kalau ketemu di obersea, mahal sekali senyumannye. Yang duk di Rove Hotel Madinah ni pakej2 Umrah premium tau. Yg sampai RM10k barangkali, sampai betah aje memandang orang lain seperti tidak kecukupan. Ambil makanan pun gaya tamak je, macam dah lama tak makan. Suka membazir. Ambik banyak2. Tolong lah bersyukur sikit. Ambik setakat yg nak makan je bole tak? Kalau tak cukup, bole ambik lg. Ni tidak, ambik sepenuh2 pinggan. Pastu makan xhabis. Ni ke perangai jemaah Umrah?
Mutawif kami, pelajar UIM Akmal Rusydi. Kami berkumpul jam 7.30a.m dan 8a.m bertolak dari Fayroz Shatta Hotel.
First land mark, Masjid Ijabah. Dekat dengan Masjid Nabawi. Di masjid ini, Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnye 3 perkara, tidak kebuluran, tidak terkena musibah banjir, tidak bertelingkah. Allah maqbulkan 2 perkara yg pertama tetapi tidak makbulkan yg ke3.
Sebelah kanan, Perkuburan baqi' saujana mata memandang.
Depan sikit sebelah kiri yg kubah hijau tu ialah Masjid Bilal bin Rabah.
Masjid Jumaah tempat pertama didirikan solat jumaat. Dekat je ngan Masjid Quba'.
15minit perjalanan dgn bas, sampai Masjid Quba', masjid yang pertama Rasulullah bina. Kalau larat, bole je jalan kaki ke Masjid Quba'. Ade jalan short-cut. Kelebihan solat di Masjid Quba' seperti yang disebut dalam hadith Nabi riwayat Ibnu Majah, barangsiapa yang bersuci(berwuduk) di rumahnya kemudian dia mendatangi Masjid Quba' lalu menunaikan solat di dalamnya, sesungguhnya baginya pahala seperti 1 Umrah.
Solat-solat sunat yang disarankan antaranya ialah solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat dhuha 4 rakaat yang fadhilatnya Allah cukupkan makan nye dari pagi sampai petang. Maksudnya Allah cukupkan rezekinya hari itu. Seterusnya solat sunat taubat, memohon semoga Allah ampunkan dosa kita di blkg org apatah lagi dosa depan orang. Baginda Rasulullah S.A.W suka dtg ke Masjid Quba' pada hari Isnin & Sabtu. Ade orang kate dah alang2 smpai di Madinah, p la ziarah Masjid Quba' hari2..Bila lagi nak dapat pahala 1 umrah..ikut lah keupayaan masing2.
Di perkarangan masjid Quba' ni ada macam2 jualan. Jangan lari daripada fokus utama kite kemari ye. Harganya berbaloi juga. Hahaha. Di ladang kurma lebih mahal ye.
Kurma muda yg warna kuning 1kg sr20, kurma merah muda SR15 1kg. Kurma ajwa 3 bekas SR50, tapi ade yg jual 1 bekas SR15 je..Coklat campur 3 bungkus SR25.
9.10a.m kami bergerak ke ladang kurma. 3 minit je dari Masjid Quba'. Belakang masjid je. Kite beli kurma ajwa yg sederhana 2kg SR100, kurma ajwa yg kecik 2kg SR80, manisan 1kg SR35, kismis kuning kecik dlm paket setgh kilo SR20(mahal k). Kena pandai tawar menawar menawar harga kurma ye. Macam2 harga. Ada ramai pekerja Indonesia n Pakistan.
9.55a.m menuju ke Medan Uhud. Jabal Uhud ini menjadi saksi seramai 70 shuhada Uhud termasuk bapa saudara Rasulullah S.A.W, Hamzah bin Abdul Mutalib. Peperangan Uhud berlaku pada tahun ke 3 hijrah selepas Peperangan Badar pada tahun ke 2 hijrah. Dlm perang Uhud ini, kaum musyrikin ingin membalas dendam akan kekalahan mereka dlm Perang Badar. Ada Ibrah yg perlu diambil dari kisah Perang Uhud ini. Kerana pasukan pemanah terleka dgn ghanimah, sampai terlupe dgn pesan Rasulullah S.A.W. agar kekal bertahan di atas Bukit Pemanah, maka ramai yg gugur syahid. Sayu hati tiap kali sampai sini. Tidak lupe mendoakan para shuhada. Sempat juga kami mendaki Bukit Pemanah. Katanye dulu Bukit Pemanah ni setinggi Uhud. Wallahu'alam.
Haaa.. di kaki Jabal Uhud ini lg hebat jualannye. Kismis hitam, kismis kuning 1kg SR15 je..lg murah. Kurma pun lagi murah di sini berbanding di ladang kurma. Kurma ajwa sekilo SR35 je. Huhuhu..haaiihhh. geram plk. Tp kualiti nye xpasti ye..Ade juga orang jual jubah lelaki SR15 n jubah kanak2 SR10 je. Kite xbeli pun..tengok2 je...
Kami meneruskan perjalanan kami. Masjid Qiblatain sebelah kiri. Sirahnya, Allah mewahyukan pertukaran qiblat 180 darjah ke Masjidil Haram sewaktu Nabi sedang solat zohor. Kaum Yahudi mengejek Nabi bawa agama baru tetapi ikut qiblat mereka (Baitul Maqdis). Dlm masjid Qiblatain ada dua mimbar.
Tidak jauh dari masjid Qiblatain, letaknye Universiti Islam Madinah.
Tidak jauh dari masjid Qiblatain, letaknye Universiti Islam Madinah.
Seterusnya, kami dibawa ke Kilang Al-quran. 11.35a.m. Kami bayar extra SR5/pax kepada driver. Selalunya ziarah luar Madinah tak cover Kilang Al-quran ye. Masuk percuma. Dulu jemaah wanita tak dibenarkan masuk tetapi Alhamdulillah masa kami p ni, wanita dpt masuk melawat. Tengok dari atas je pun. Ade la dlm 10minit. Alhamdulillah, dapat hadiah Al-quran sorang satu.
Selepas tu, kami bergegas pulang untuk solat zohor berjemaah di Masjid Nabawi. Waktu zohor masuk jam 12:37 p.m.
Petang selepas solat Asar, kami melawat Saqifah Bani Sai'dah yg terletak tidak jauh dari Pintu 15 Masjid Nabawi. Betul2 bertentangan dengan Hotel Mawaddah Assafwa. Saqifah Bani Sa'idah ialah lokasi dimana berkumpulnya para Sahabat R.A untuk memilih Khalifah Pertama selepas kewafatan Baginda Rasulullah S.A.W.
Kemudian, kami menelusuri jalan belakang hotel Anwar Movenpick untuk pulang ke hotel n terjumpe kedai ice cream. Ice cream SR5.
Selepas Isyak, lid beli nasi beriani ayam kat tgkat 1 Souk Al Saha. Sedap nasinye. Full set ade nasi, ayam bakar, roti n kentang goreng. Tapi kami ambik nasi n ayam je. SR18.
Nak order pun susah. Hehe. Kat dlm menu ade gambar nasi putih+ayam. Nak explain kat depa, nak nasi beriani+ayam susah nau. Macam2 isyarat keluar. Hahaha. Sib baik paham. Kat Mekah n Madinah, kalau makan kat restoren or even tapau nasi, depa akan bagi plastik lapik meja ke hape..tp bagus tau..terjamin kebersihan. Tak gaduh remah semua.
Update 19 Ogos 2020
Petang selepas solat Asar, kami melawat Saqifah Bani Sai'dah yg terletak tidak jauh dari Pintu 15 Masjid Nabawi. Betul2 bertentangan dengan Hotel Mawaddah Assafwa. Saqifah Bani Sa'idah ialah lokasi dimana berkumpulnya para Sahabat R.A untuk memilih Khalifah Pertama selepas kewafatan Baginda Rasulullah S.A.W.
Kemudian, kami menelusuri jalan belakang hotel Anwar Movenpick untuk pulang ke hotel n terjumpe kedai ice cream. Ice cream SR5.
Selepas Isyak, lid beli nasi beriani ayam kat tgkat 1 Souk Al Saha. Sedap nasinye. Full set ade nasi, ayam bakar, roti n kentang goreng. Tapi kami ambik nasi n ayam je. SR18.
Nak order pun susah. Hehe. Kat dlm menu ade gambar nasi putih+ayam. Nak explain kat depa, nak nasi beriani+ayam susah nau. Macam2 isyarat keluar. Hahaha. Sib baik paham. Kat Mekah n Madinah, kalau makan kat restoren or even tapau nasi, depa akan bagi plastik lapik meja ke hape..tp bagus tau..terjamin kebersihan. Tak gaduh remah semua.
Update 19 Ogos 2020
Credit: Photo by a_little_explorer |
Inilah foto terkini Saqifah Bani Sa'idah dan persekitarannya.
No comments:
Post a Comment